“Terima Kasih Beri Tangan” – Netizen Sebak Suami Suapkan Makanan Untuk Farrah


Bermula dengan kehebatannya belajar melakukan rutin harian sendiri kerana enggan berharap pada orang lain, kisah hidup Puan Farrah Syahirah sempat menjadi viral dahulu. Alhamdulillah pada Julai lalu, dia telah selamat mendirikan rumah tangga dengan suaminya, Zulfadli Syahrul.

Bagi Zulfadli, Farrah adalah j0doh dari langit

Sanggup menerima keadaan Farrah yang tidak memiliki tangan, Zulfadli sempat menyifatkan wanita istimewa itu sebagai j0doh dari langit. Untuk memenangi hatinya bukanlah sekejap, malahan beberapa mesej yang dihantar menerusi media s0sial awalnya tidak dibalas. Namun kesungguhan k0nsisten yang ditunjukkan lelaki ini akhirnya berjaya membuka pintu hati Farrah sebelum disunting menjadi teman hidup.

Terima kasih suami berikan tangan untuk meIengkapi dan menutupi segala kekuranganku

Menerusi vide0 yang dikongsikan semalam, mereka berdua terlihat sedang makan dalam kereta. Apa yang mengharukan, Zulfadli begitu sabar menyuapkan isterinya makan termasuklah meniup dahulu sup yang agak panas. Di ruangan kapsyen, wanita berusia 25 tahun ini mengucapkan terima kasih kerana suaminya sudi memberikan tangan dan sekaligus ia seakan-akan melengkapkan kekurangan pada dirinya selama ini.

@norfarrahsyahirahshaari Terima kasih suami @ZuL berikan tangan untuk melengkapi dan menutupi segala kekuranganku.. Syukur alhamdulillah.. Semoga kita sentiasa happy selalu dan bahagia dengan cara kita❤️❤️ #tiktokmalaysia🇲🇾 #fypシ゚viral #fypシ ♬ ιѕтιнaraн cιnтa - HLols

Puluhan tahun dia guna kaki untuk semua hal…Allah Maha Baik hantarkan ‘tangan’ untuk dia

Belum 24 jam dikongsikan, rakaman itu meraih lebih 300 ribu jumlan tont0nan disusuli dengan ribuan komen p0sitif. Mengetahui kisah hidup Farrah yang banyak menggunakan kaki dalam urusan kehidupan harian, mereka terharu melihat kehadiran s0sok se0rang lelaki yang kini begitu tulus melayaninya.

KREDIT : TikTok Farrah Syahirah / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post