Setiap hari alami mimpi indah didatangi lelaki berwajah kacak, siapa sangka rupanya ia adalah petanda gangguan mistik daripada makhluk halus. Itulah dugaan berat yang dihadapi oleh wanita bernama @Echasusiami ini di mana kisahnya sedang viral di TikTok.
Kekacakan leIaki dalam mimpi sungguh Iuar biasa…Di luar batas kekacakan manusia biasa
Semua kejdian pelik ini bermula pada tahun 2008 saat Echa berusia belasan tahun. Satu maIam, dia bermimpi se0rang pemuda kacak datang bertemunya namun mereka tidak berbual langsung. Lelaki itu hanya mengucup bibir dan anehnya, Echa yang masih naif begitu menikmati m0ment berkenaan. Mimpi yang sama berulang lagi pada setiap malam sampaikan ke tahap adegan melakukan ‘hubungan badan’. Meskipun menganggap ia cuma mainan tidur, ia terasa seperti realiti sampaikan Echa pernah aIami mimpi basah.
Setiap kali mimpi, muka leIaki tu berbeza…Setiap kali tidur, rasa taknak bangun
Pendek cerita, Echa akhirnya berkahwin dengan lelaki yang dikenali dari zaman sek0lah. Disangka akan berakhir, rupanya mimpi pelik itu masih berterusan. Bahkan kali ini lebih banyak kejadian aneh berlaku dalam rumah mereka. Suami dan anak sulungnya kerap ‘diusik’ sesuatu, tandas mereka mengeluarkan bau busuk dan paling teruk, ada ulat kecil muncul memenuhi kawasan ruang tamu. Wanita ini mahu mendapatkan bantuan perawat Islam, namun suami menolak kerana tidak percaya dengan benda-benda ghaib sebegitu. Maka, Echa cuma mampu melindungi diri dengan cara putarkan alunan zikir dan Al-Quran.
Tak berani beritahu suami…Takut dia fikir aku dambakan lelaki lain
Selain lelaki kacak, Echa mimpi bermain dengan ramai budak dan bayi pula. Saat itu, kebetulan Echa yang menghidap PCOS memang benar-benar mahukan anak kedua. Jadi dia berfikir mungkin mimpi tersebut cuma bawaan perasaan sahaja. Takut berlaku salah faham, dia tidak pernah beritahu suami tentang segala mimpi yang dialami. 2 hari kemudian, bau busuk dan ulat kembali muncul di dalam kediaman mereka. Suami sudah mula syak ada benda yang tidak kena, maka seorang ustaz dipanggil untuk ‘memagar’ rumah mereka. Selepas setahun, ulat yang sama tetap ada namun hanya di luar rumah sahaja dan tidak boleh masuk.
Ya Allah, macam mana ustaz tahu? Kalau aku nak tipu pun tak boleh
Seorang lagi ustaz (kawan kepada bapa Echa) telah dihubungi untuk menyelesaikan masalah ini. Apabila tiba di rumah, perawat itu merenung tepat ke arah Echa dan seakan dapat membaca gangguan yang berlaku. “Awak ada mimpi berjumpa lelaki? Pernah mimpi ‘main’ dengan lelaki? Pernah mimpi datang majlis nikah? Pernah mimpi main dengan budak?”. Ya, itulah soalan yang keluar dari mulut Pak Ustaz. Walaupun belum bercakap apa-apa, Echa sedar dia tidak boleh lagi menyembunyikan hal tersebut. Si suami nampak bingung, namun Echa terus mengiyakan segala persoalan. Alangkah terkejutnya, ustaz memberitahu Echa sebenarnya telah dinikahi oleh satu jin dan sudah mempunyai ramai anak bersama.
Masa rukyah, ustaz berhenti & cakap “Awak kena ikhlaskan”…Di alam bawah sedar, aku rasa terikat
Dalam proses rukyah yang berlangsung, Echa yang sudah terpaut dengan cinta si jin merasa sukar hendak tamatkan hubungan 2 dunia itu. Dari 2008 sampai 2021, hatinya seakan terikat hinggakan merasa sedih untuk berpisah. Sampai akhirnya, ustaz meminta suami Echa bercakap dengan makhluk itu sendiri.
“Tolong lepaskan isteri saya. Echa dah jadi isteri saya. Echa dah bahagia dengan saya. Tolong jangan kacau kami”
Masa muda-muda dulu, aku suka sangat tidur pakai baju terdedah
Rukyah diteruskan, ustaz terus membaca banyak doa sampailah hati Echa tiba-tiba menjadi kosong sekosong kosongnya. Alhamdulillah segalanya kini telah terlerai, Echa akhirnya bebas daripada genggaman jin berkenaan dan tidak lagi alami mimpi-mimpi pelik.
@echasusiami Membalas @sari93 semoga terjawab ya ka #dinikahijin ♬ suara asli - Echasusiami
KREDIT : TikTok Echasusiami / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.