Nak hantar si b0ngsu daftar UIA Gambang, tapi tertinggal di R&R! Senyap-senyap turun kencing, ayah pandu kereta tanpa penumpang

GARA-GARA terlalu pendiam, bakal pelajar Asasi Seni Bina Arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Gambang di Pahang ditinggalkan sendirian di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal, Terengganu.

Mana tidaknya, tiada se0rang pun ahli keluarga yang menyedari dia keluar dari kereta untuk ke tandas ketika mereka berhenti seketika.

Malah ketiadaannya hanya diketahui selepas dia menghubungi ibu apabila melihat kenderaan yang dinaiki tiada di tempat parkir.

Insiden yang mencuit hati itu mendapat perhatian warga maya selepas rakaman kejadian tersebut dikongsikan di TikT0k.

Menerusi vide0 tuIar itu, kelihatan dua buah kereta berhenti di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 bagi menantikan 'kedatangan' remaja berusia 18 tahun.

Bercerita mengenai kejadian yang berlaku pada 31 Julai itu, abangnya Mohammad Khairul Azmi Ghazali berkata, mereka bergerak dari Kampung Jer0ng Seberang, di Marang, Terengganu sebelum singgah di hentian berkenaan kerana ingin membuang air kecil.

"Sekitar 20 minit saja berhenti di situ. Semasa semua orang turun, dia masih di dalam kereta.

"Jadi, kami masing-masing ingatkan dia tak mahu turun," ujarnya kepada mStar.


Adik Kahar (kanan) melanjutkan pelajaran dalam bidang Asasi Seni Bina Arkitek di UIA Gambang.

Menurut Khairul, adik bongsu mereka daripada empat beradik bernama Ahmad Syakir Luqman itu merupakan se0rang yang kurang bercakap dan lebih gemar bermain telef0n.

Disebabkan itulah tiada siapa yang menyedari dia tiada di dalam kereta.

"Lagipun pada ketika itu, dia dengan mak menaiki sebuah kereta yang dipandu abah manakala saya bersama isteri dan nenek dalam sebuah lagi kereta.

"Adik pula duduk di bahagian belakang, jadi memang orang tak perasan dia tiada dalam kereta," k0ngsi anak muda berusia 28 tahun itu lagi.

M0hammad Khairul Azmi (berdiri, 3 dari kanan) bersama seluruh ahli keluarganya.

Paling keIakar adalah 'kehilangan' dia hanya disedari selepas satu kil0meter dari R&R Kijal.

Itupun selepas dia menghubungi ibu dan memaklumkan tertinggaI di hentian berkenaan.

"Mak cakap dia rasa pelik sebab adik duduk di belakang tetapi buat panggilan telef0n. Apabila mak t0leh ke belakang, barulah dia perasan yang adik tak ada.

"Masa tu memang mak panik sangat... wajah bimbang mak kelihatan masa dia keluar dari kereta dan maklumkan adik tertinggaI.

"Tapi selepas kami semua gelak, barulah mak pun turut gelak," katanya.

Khairul yang bekerja sebagai mekanik berkata, disebabkan tidak dapat membuat pusingan, dia meminta adiknya mendapatkan pertol0ngan 0rang untuk menumpang kenderaan yang mahu meneruskan perjalanan.

"Semasa bercakap dengan adik, dia beritahu ada sebuah kereta Myvi di hentian tu... jadi saya suruh dia pergi minta tolong.

"Tapi adik jenis pemalu dan saya minta dia beri telef0n untuk bercakap dengan pemandu tu sendiri. Alhamdulillah, dia sudi hantarkan adik," luahnya.


Antara k0men warga maya.

Selepas berkumpuI bersama-sama, adiknya yang mesra disapa Kahar bertanya mengapa tiada siapa yang menyedari kehiIangannya.

Vide0 perk0ngsian itu menjadi tuIar sehingga mendapat tontonan 2.2 juta pelayar.

Rata-rata warga maya meninggaIkan k0men mencuit hati.

"Dah fam0us kau, satu UIA Gambang tu dik. Belum masuk dah terkenal... eh kau tertinggal kat R&R tu.

"Kenapa tinggaIkan watak utama dalam cerita ni. Tukar umi dia daftar UIA," ujar beberapa warga maya.

Pemilik kereta Myvi yang menumpangkannya turut meninggalkan komen di vide0 tersebut.

"0wner hadir. Mujurlah adik tu beranikan diri nak minta tumpang saya," katanya ringkas.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post