SEKECIL-KECIL kebaikan boleh membawa kepada senyuman dan kegembiraan.
Begitulah kisahnya untuk lelaki ini yang bekerja menyediakan perkhidmatan pengurusan jenazah selepas menerima sumbangan mengejut daripada seorang insan istimewa.
Bercerita kepada mStar, Ahmad Nazrul Muhammad, 35, atau lebih senang disapa sebagai Mat Yoe berkata dia merupakan sebahagian daripada pertubuhan amal k0muniti Besut, Terengganu.
Mat Yoe dan pasukannya giat membantu masyarakat untuk memenuhi keperluan fardu kifayah.
Menurut Mat Yoe, pertubuhannya yang dikenali sebagai JNZA Gaung Global menyediakan perkhidmatan pengurusan jen4zah selengkapnya secara percuma meliputi seluruh Semenanjung Malaysia.
"Jadi ada satu hari tu, saya tengah bawa ambulans, saya perasan ada seorang lelaki menunggang mot0sikal di sebelah kiri ambulans sedang mengira wang tunai bernilai RM5. Masa tu di hentian lampu isyarat.
"Apabila lampu bertukar hijau, saya meneruskan pemanduan seperti biasa. Sampai di hentian lampu isyarat seterusnya, lelaki tersebut berhenti di sebelah tempat pemandu dan mengetuk cermin ambulans.
"Saya menurunkan cermin. Dia menghulurkan empat keping wang kertas RM5 yang berjumlah RM20. Saya segera bertanya untuk apa duit ini. Dia menjawab itu duit sedekah untuk isi minyak ambulans," cerita Mat Yoe.
Terharu dengan kemurahan hati lelaki itu untuk membantu, Mat Yoe cuba menjejaki individu berkenaan demi mengenalinya dengan lebih dekat.
Walaupun dengan kekurangannya, hatinya ikhlas dan jiwanya besar.
AHMAD NAZRUL MUHAMMAD
"Saya sangat terharu sebenarnya. Saya perasan dia merupakan seorang pekerja stesen minyak berdasarkan uniform yang dipakainya. Lencana yang tersemat di dada pula menunjukkan nama insan itu ialah Syahrul.
"Waktu tu saya ada bawa pesakit sebab kami juga sediakan perkhidmatan percuma untuk bantu pesakit yang kurang berkemampuan, selepas selesai sahaja hantar pesakit, saya pergi semula ke stesen minyak berdekatan tempat saya tu.
"Tekaan saya tepat. Syahrul memang bekerja di situ. Saya minta nombor telefon Syahrul dari rakan sekerjanya. Saya hubungi dia melalui WhatsApp dan ucap terima kasih.
Mat Yoe terlibat secara langsung ketika negara dilanda wabak Covid-19.
"Saya ajak dia berjumpa nanti dan berjanji untuk belanja dia makan. Setakat hari ni belum sempat jumpa lagi sebab saya sibuk dengan urusan dan Syahrul pun bekerja syif sebelah malam," ujar Mat Yoe.
Perkara yang lebih menyentuh hati Syahrul adalah bagaimana Syahrul merupakan seorang orang kelainan upaya (OKU) tetapi tidak lokek membelanjakan wangnya ke jalan kebaikan.
"Syahrul ada kesukaran untuk bertutur dan dia sukar untuk berinteraksi dengan orang ramai. Walaupun dengan kekurangannya, hatinya ikhlas dan jiwanya besar.
Hujan atau panas, Mat Yoe dan pasukannya akan tiba untuk membantu mereka yang memerlukan.
"Semoga sentiasa dimurahkan rezeki Syahrul," kata Mat Yoe kagum.
Berkongsikan pengalaman hidupnya sebagai seorang pengurus jenazah, ia ternyata banyak mengajar Mat Yoe tentang erti kehidupan.
"Momen yang paling saya ingat adalah menguruskan empat jenazah mangsa lemas di laut.
"Mereka berempat merupakan sahabat baik sejak kecil dan meninggal dunia bersama-sama akibat bot yang mereka naiki karam di tengah lautan," imbau Mat Yoe akan cebisan memori yang melekat di fikirannya.
Perkhidmatan pengurusan jenazah yang disediakan pertubuhan disertai Mat Yoe.
Menitipkan pesanan, Mat Yoe berharap agar ada yang sudi tampil untuk menyumbang kepada pertubuhannya supaya mereka dapat membantu lebih ramai insan yang kurang berkemampuan.
"Jika ada yang sudi untuk menyumbang, InsyaAllah kami berharap dapat menambah aset kenderaan kami.
"Buat masa ini ambulans kami sangat terhad dan amat kritikal, dengan hanya dua ambulans ia tidak cukup untuk menampung permintaan dari pesakit berkeperluan yang sangat tinggi setiap hari," kata Mat Yoe menutup bicara.
Untuk rekod JNZA Gaung Gl0bal diangg0tai 40 orang sukarelawan serta mempunyai empat buah van jenazah dan juga dua buah ambulans.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.