Pelanggan makan sedap, bayar guna syiling buruk! Rider patah balik, tekan l0ceng sampai ke sudah tak buka pintu



TUGASAN sebagai seorang penghantar makanan pastinya tidak terlepas daripada ujian.

Begitulah kisah rider in yang berdepan kerenah pelanggan sehingga menyebabkan dia menanggung kerugian.

Melalui satu perkongsian di TikTok, lelaki itu meluahkan kekecewaan apabila merasakan dirinya dianiaya dan ditipu oleh seorang pelanggan.

Duit syiling buruk yang diterima rider ini.

Menurut rider itu, pelanggan terbabit membayar makanan yang dipesan dengan duit syiling buruk yang dilihat sudah berkarat dan tidak lagi mempunyai nilai.

"Ini rumah dia, orang yang tipu tu. Dia bagi duit buruk. Dia dah makan sedap-sedap," kata lelaki itu sambil berdiri di hadapan rumah pelanggan yang didakwa mengambil kesempatan terhadap dirinya..

Lelaki itu kemudian mengeluarkan duit syiling dari dalam sampul kertas dan meletakkannya di atas peti simpanan motosikalnya untuk ditunjukkan kepada penonton.

"Dia cakap letak makanan dekat luar rumah, lepas tu duit ambil dalam sampul. Lepas kita balik rumah tengok duit buruk begini dapat.

"Aku datang semula ke rumah dia, dia tak keluar. Aku tekan loceng banyak kali dia tak layan. Harga makanan RM6 lebih je pun dia nak tipu.

"Apa la orang ni. M0ga tak berkat hidup dia. Kepada tuan rumah ni, menjawab la awak dekat akhirat nanti. Susah nak cari duit, lepas tu kena tipu pula," kata lelaki itu menghela nafas kekesalan.

Gila ke apa, kalau 10 0rang buat macam ni, makan pasir la rider.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya meminta rider itu untuk bersangka baik.

"Bersangka baik adik, mungkin dia tengah susah, anak-anak lapar kot dia malu. InsyaAllah adik punya rezeki berlipat ganda masuk nanti. Semoga dipermudahkan urusan.

"Tak apa awak Ietak balik duit tu dekat mana dia letak. Awak bayarkan pakai duit awak. Besar pahala nanti," kata sebahagian warga maya.

Netizen lain bagaimanapun kurang bersetuju dengan pendapat yang diutarakan.

"Apa kata pakcik tol0ng bayarkan, besar pahala kan pakcik oi.

Sebahagian k0men warga maya.

"Gila ke apa, kalau 10 0rang buat macam ni, makan pasir la rider," kata netizen membangkang.

Sesetengah warga maya pula mengatakan mungkin ada sesuatu yang baik di sebalik kejadian ini.

"Ada orang yang mencari k0leksi duit lama dan sanggup bayar puluhan ribu. Apa kata abang cuba nasib mana tahu boleh dapat durian runtuh. Nilai duit lama kadang tak tercapai dek akal.

"Betul juga tu, tapi ada beza antara duit lama dan duit kotor. Ini duit kot0r rasanya, kalau dibasuh jadi duit syiling biasa je, tak ada nilai, tapi satu kerja pula nak kena cuci.

"Sem0ga abang ni dapat bertabah jumpa manusia macam ni," kata warga maya memberikan kata-kata semangat.

Sumber : mStar

 Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post