Graduan ucap “I love you ibu ayah” guna bahasa isyarat atas pentas konvo


Berada di atas pentas istiadat konvokesyen pastinya merupakan impian bagi setiap graduan yang telah menempuh pelbagai cabaran sewaktu menuntut di Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Jadi, momen berada diatas pentas dan mengambil skrol pastinya cukup bermakna dan ingin dikongsi kepada insan-insan tersayang.

Gerakan bahasa isyarat

Menerusi muat naik video yang dibuat pengguna TikTok dikenali sebagai @fuglypato14 atau Diya Syafiqah Md Ariffin, dia telah mengambil kesempatan untuk meluahkan rasa sayangnya kepada kedua ibu bapanya dengan cara yang unik.

Selesai mengambil skrol, dia dengan spontan memandang kamera dan membuat pergerakan mengggunakan bahasa isyarat dengan sebutan I love You buat ibu dan bapanya.

VIDEO KLIK DISINI

Berseloroh kata macam gerakan sailormoon

Dengan meninggalkan kasyen secara berseloroh, pelajar Universiti Tekonologi Mara (UiTM) itu mengatakan isyarat yang dibuat seperti cerita anime Sailormoon yang mahu bertukar.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui sebak dengan tindakan yang dilakukan lebih-lebih lagi buat insan kelainan upaya (OKU).

Sebak la video ni

Muat naik tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata mengakui sebak dengan apa yang dilakukan graduan terbabit.

Dalam pada itu, ramai juga yang terinspirasi dengan apa yang dilakukan oleh Diya Syafiqah dan berhasrat untuk melakukan hal sama pada hari graduasi mereka nanti bagi menzahirkan rasa sayang kepada ibu bapa yang merupakan golongan OKU pendengaran.




Terima kasih kepada yang memberikan kata2 positif

Walau bagaimanapun, pengguna TikTok itu memaklumkan yang ibu dan bapanya bukanlah golongan OKU pendengaran dan gerakan bahasa isyarat yang dilakukan bertujuan untuk memberi tahu semua orang supaya membiasakan diri mempelajari bahasa isyarat bagi berkomunikasi kepada mereka yang istimewa.

Sumber: TikTok @fuglypato14  / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post