Bayi menangis dilempang berkali-kali, muka ditekup... Tahan segera pengasuh taska kejam!

 


TIDAK berperikemanusiaan! Itulah perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakan seorang wanita yang tergamak mendera seorang bayi di sebuah taska dipercayai dekat Batu Caves, Gombak, Selangor baru-baru ini.

Perbuatan wanita yang dipercayai pengasuh itu terbongkar apabila perbuatannya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di taska berkenaan.

Menerusi satu video yang dimuat naik di laman Twitter pada Jumaat, kelihatan wanita berkenaan berkali-kali menampar dan menekup muka bayi malang itu dengan kain sebelum ditinggalkan dalam keadaan menangis.

"Lagi video penderaan kanak-kanak viral. Entah berapa kali budak tu kena tampar, kena tekup. Mengapa orang macam ni bekerja dengan kanak-kanak kalau tidak ada erti sabar dalam diri?

"Kejdian dilap0rkan berlaku di sebuah taska di Batu Caves, Selangor.

"Ibu bapa budak maIang ini diberitahu kon0nnya anak mereka mengaIami lebam-lebam sebab dicederakan oleh budak-budak lain," demikian kapsyen yang mengiringi perk0ngsian di laman Twitter MyNewshub.

Sehingga kini belum ada sebarang kenyataan polis dikeluarkan berhubung ke.s tuIar berkenaan.

Menerusi ruangan k0men, rata-rata netizen meIuahkan rasa geram dan menggesa agar wanita berkenaan segera diberkas serta dikenakan hukuman setimpaI.

"Menyirap aku teng0k... moh0n peIaku bang**t ni dapat ditangkap segera.

"Kalau rasa diri tu kurang sabar, jangan m0hon kerja jaga budak.

"Rasa nak penampar perempuan tu pula... ber0mbak-ombak dada ni. Aku geram sangat!" demikian antara k0men netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post