Jempol: Dua penuntut Politeknik Muadzam Shah, Pahang maut selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah treler di Kil0meter 33 Jalan Bahau - Keratong, 3.40 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hoo Chang Hook berkata, mangsa yang maut adalah pemandu kereta Perodua Axia, Chen Pui Xia, 22, dari Sungkai, Perak dan penumpang belakang, Norsyahira Rahmat, 23, dari Sepang, Selangor.
Katanya, penumpang hadapan yang juga penuntut politeknik sama, Nur Syafikah Shuib, 21 parah dan menerima rawatan di zon merah Hospital Jempol.
"Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku selepas kereta dinaiki mangsa dari arah Bahau menuju Kerat0ng masuk secara mengejut ke laluan treler dari arah Keratong menuju Bahau yang dipandu lelaki berusia 47 tahun.
"Akibat kejadian itu, kedua-dua kenderaan bertembung secara berdepan di laluan treIer tanpa muatan itu," katanya dalam kenyataannya, malam ini.
Beliau berkata, siasatan mendapati kereta dinaiki mngsa disewa dan ketiga-tiga mereka pergi ke Dengkil, Selangor dan dipercayai memandu secara bergilir-gilir.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jempol untuk bedah siasat dan polis masih menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.