Anak Meninggal Dunia Selepas Bersalin, Uchee Fukada Terima Takdir Allah

 


Pengarah dan pelakon, Uchee Fukada berkongsi kisah duka tentang pemergian anak keempatnya yang meninggal sejurus selepas dilahirkan.


Berlapang dada


Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Uchee atau nama sebenarnya Nurlina Syafiqah Zakbah memaklumkan bahawa urusan bersalin dan pengkebumian anaknya berjalan lancar. Dia juga redha menerima takdir pemergian anaknya itu.


Dalam pada itu, dia juga meminta kepada semua yang mengenalinya untuk menitipkan doa kepada anak lelaki yang diberi nama Ezmeth Maleeq.


Assalamualaikum.. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Saya pasti ramai yang tertanya tanya akan keadaan saya selepas melahirkan. Alhamdulillah syukur saya sihat setakat ini.


Tapi aturan Allah Pencipta Seluruh Alam lagi maha hebat. Anak saya Ezmeth Maleeq (diberi nama) tidak dapat diselamatkan. Sekasih kasih saya sebagai seorang ibu, kasih lagi Allah pada anak saya. Dengan penuh rendah diri,saya pohon semua sahabat handai dan kenalan saya titipkan doa buat anak syurga saya yang amat saya kasihi.


Alhamdulillah Allah mudahkan semua perkara dari proses bersalin semalam, sehinggalah hari pengkebumian anaknda tercinta saya tadi selesai solat asar. Saya dan keluarga berlapang dada menerima takdir yang Allah dah tulis pada kami selapang lapangnya.


Masih kumpul kekuatan


Sementara itu, aktres berusia 33 tahun ini juga memohon maaf kepada semua kenalannya kerana masih memerlukan kekuatan setelah kehilangan anak yang tersayang.


Maaf kalau dua hari ini saya tak menjawab apa apa panggilan atau mesej dari sesiapa. Saya dan keluarga perlukan ruang untuk beri kekuatan sesama kami. Dan kini, saya kumpul segala kekuatan yang ada dalam diri untuk menulis apa yang terjadi pada saya semalam hingga hari ini.


Bagaimanapun, dia tetap berterima kasih terhadap semua yang membantunya menguruskan pemergian anaknya itu.


Terima kasih keluarga, saudara mara, sahabat datang dari jauh, jiran tetangga yang datang turut sama membantu saya. Moga Allah dapat balas jasa kalian semua.


MasyaAllah… MasyaAllah.. rasa bagaikan mimpi, tapi inilah realiti yang saya harus telan. Demi keluarga dan anak anak yang ada depan mata, sebagai rusuk kiri suami dan juga kekuatan pada anak yang lain, saya harus tabah dan kuat menjalani kehidupan seperti biasa. Doakan saya ok guys?


Sumber: Instagram


Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post