Dr Say iaitu d0ktor dan pempengaruh berasa sebak apabila anak sulungnya, Ace sudah menerima kad OKU ( 0rang Kurang Upaya).
Menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, Dr Say berkata dia sudah menerima hakikat tentang keadaan anak istimewa tetapi perasaannya bercampur baur apabila melihat wajah Ace pada kad tersebut.
Saya daftar untuk kad 0KU Ace back in January 2023. Sabtu baru ni saya check online dan kad 0KU Ace ready untuk dituntut.
Empat bulan untuk kad OKU siap. Terus terang cerita bila nak amik kad 0KU harini terasa sangat berat, rasa macam ‘aku dah bersedia ke nak pegang kad ni untuk anakku?
Tapi saya gagahkan jua sebab saya jugak yang apply kad OKU tu. Sampai kat JKM Sepang, sepi takda orang lain.
Macam suasana dicipta untuk saya soaked in yang anak saya istimewa, anak saya kelainan upaya dan ini buktinya.
Bila kad OKU dihulurkan dekat saya, saya ucap terima kasih dekat pegawai JKM dan terus meluru masuk kereta. Dalam kereta saya amati elok2 kad OKU tu.
Besar2 tulisan KAD OKU. Ada nama penuh Ace, ada kategori ketidakupayaannya dan ada gambar Ace senyum yg cukup suci, ikhlas dan naive.
Berjurai air mata saya. Saya taktau sebab apa. Nak kata saya malu pegang kad OKU ni sikit pun tak, sebab saya tahu kad inilah yg boleh menjadi bantuan terunggul kepada Ace sekiranya saya atau wife tiba2 tiada di dunia ni.
Dalam perkongsian, Dr Say juga menasihatkan ibu bapa yang mempunyai anak istimewa untuk membuat permohonan kad OKU kerana banyak kelebihan yang boleh didapati.
Tambahan, Dr Say juga berkata jangan malu untuk memohon kerana kerajaan sudah sediakan banyak keistimewaan untuk pemegang kad OKU.
Saya tahu mesti ramai persoalkan ‘kenapa buat kad OKU tuk Ace, kesian dia’ well kalau kalian tak tahu, kad OKU ini ada banyak keistimewaannya.
Sekiranya penjaga anak OKU meninggal, kad OKU lah yang akan menjadi hak yang sepatutnya anak istimewa kita dapat.
Kalau anda atau anak anda OKU, jangan malu, jangan segan sebab kerajaan betul2 nak tolong kita dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan sebagai pemegang kad OKU. My son has an OKU card dan i am content.
Dr Say mendirikan rumah tangga bersama isterinya, Dr Azura Abas pada 30 Mac 2014 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Aezriel (Ace), empat tahun dan Sefriel yang berusia dua tahun.
Kredit: Instagram
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.