Jika diberikan pilihan, pastinya setiap suami mahu bekerja dekat dengan rumah dan keluarganya. Namun atas banyak kekangan, ramai yang terpaksa merantau jauh ke negeri lain demi mendapatkan peluang gaji lebih baik dan persediaan kelangsungan masa hadapan. Sepanjang tempoh itu, macam-macam perkara tak terduga boleh berlaku kepada anak isteri.
Anak lelaki gantikan ayahnya yang tak boleh pulang kerana sedang bekerja
Baru-baru ini menerusi akaun TikTok Syifa, gadis ini juga sempat berkongsikan situasi sebak menyaksikan seorang anak saudaranya baru menyambut kelahiran adik baru. Difahamkan, ketika itu ayahnya sedang merantau kerja lantas ibunya bersalin tanpa kehadiran sosok suami di sisi.
@nursyifaa1709 Membalas @aquarius disini umi aku masyallah ikut nangis🥹emng karna disatu sisi sedih kan lahiran anaknya ga didampingi suaminya ,ditambah bapa aku juga kebetulan lagi kebandung,jadi ga ada laki2 selain anaknya tth aku ini yang satu2 harus ngadzanin bayi mamahnya🥹masyallah dengan suara yang amat sangat merdunya a aku tth ama aumi aku ikut terharu🥹🥰sing janten anak anu sholeh tur ngabanggaken keluarga a🤲🏻🫶🏻🥹#masyallahtabarakalllah❤ #adzanqurdi #daengsyawal #adzanviral #adzanmerdu #fypシ #brandatiktok #samsulmaarif #samsul #samsultenjo ♬ suara asli - Mpa_syifa
Isteri lahir tidak didampingi suami…MasyaAllah aku ikut nangis
Namun apa yang mengharukan, kanak-kanak lelaki itu mengambil amanah mengazankan adiknya selain terlibat dalam proses menanam uri sekitar rumah mereka. Jelas Syifa, ketika itu tiada anggota keluarga lelaki berada di sana. Kerana itulah anak buahnya yang mengambil peranan bagi mengalunkan azan.
@nursyifaa1709 Masyallah ga ada ayahnya buat ngadzannin,bali pas mau di kubur anaknya pun jadi buat menggantikan ayahnya yang ga pulang karna sedang bekerja🥹#samsulmaarif #samsul #masyallahtabarakalllah❤ #adzanqurdi #daengsyawal #adzanviral #adzanmerdu #fypシ ♬ suara asli - Mpa_syifa
Di sebalik kemerduan suaranya, rupanya kanak-kanak ini pernah menyertai pertandingan tilawah Al-Quran.
Subhanallah, sampai merinding dengar suara azan…Suara azanya bagus sangat
Sejak dikongsikan beberapa hari lalu, rakaman berdurasi 1:41 minit tersebut telah meraih hampir 30 juta tontonan oleh netizen. Tatkala menjengah ke ruangan komen pula, ramai yang memuji kemerduan suara azan budak tersebut kerana cukup merinding.
Kredit : TikTok Mpa_syifa / kisahdunia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.