Video kejadian itu tular selepas ia tersebar menerusi Facebook pada Ahad petang.
SEBUAH kereta dihanyutkan oleh arus deras selepas ia dipercayai jatuh ke dalam sebuah longkang besar.
Video kejadian di Bukit Samsu, Kota Tinggi, Johor itu tular selepas dikongsi menerusi laman Facebook pada petang Ahad.
Menerusi video itu, kelihatan seorang wanita berpaut pada bahagian belakang kereta itu ketika ia sedang hanyut.
Kemudiannya, seorang lelaki terjun ke dalam air dan menarik wanita itu ke bahagian tepi longkang.
Difahamkan, wanita itu merupakan pemandu kereta, namun sehingga kini tiada butiran lanjut tentang punca kejadian.
"Katanya di Jalan Bukit Samsu. Mangsa diselamatkan oleh orang awam. Semoga semua selamat hendaknya," tulis pengendali akaun Facebook Orang Kota Tinggi.
Di ruangan komen, ramai yang turut terkejut dengan kejadian itu dan mengharapkan segala urusan pemilik kereta dipermudahkan.
Malah, netizen turut memuji tindakan pantas lelaki dalam video itu yang sanggup terjun ke dalam arus deras untuk menyelamatkan mangsa.
"Allahu. Semoga dipermudahkan segala kesulitannya.
"Nasib ada yang nampak. Macam mana boleh masuk dalam parit tu.
"Moga dipermudahkan urusan semuanya. Pada adik yang terjun tolong tu, moga Allah beri balasan baik dunia dan akhirat.
"Semoga abang yang terjun bantu dia sentiasa dalam lindungan Allah," tulis beberapa netizen.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.