[VIDEO] Kereta Rentung Terbakar, Roy Azman Syukur Sempat Lari Keluar Bersama Isteri & Anak – ‘Masa Drive Ada Orang Hon Bagitau’


Kenderaan mewah milih pelakon dan pelawak, Roy Azman dilaporkan terbakar dalam satu kejadian yang berlaku pada malam Ahad.

Syukur sempat larikan diri


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram, Roy atau nama sebenarnya Zairosminan Abdul Rahman meluahkan rasa syukur selepas dirinya, isteri dan anak bongsu sempat melarikan diri keluar dari kenderaan yang sedang dibakar api.

Difahamkan kenderaan milik pelakon drama ‘Adam Cempaka’ itu rentung dan musnah 100 peratus.

Dalam pada itu, Roy menerangkan bahawa ketika kejadian dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai menjamu selera bersama rakan-rakan di Puncak Alam.

Menurut Roy, dia baru sahaja mengambil kenderaannya itu dari sebuah bengkel kereta yang terletak di Ampang selepas selesai proses ‘overhaul’.

Dalam perjalanan pulang ke rumah dalam pukul 11 malam macam tu, ada sebuah kereta mula bunyikan horn kepada saya mengatakan kereta sudah mula terbakar tapi waktu itu saya tak nampak pun ada api.

Masa itu saya tengah memandu, rupanya api mula dari bawah kereta jadi saya tak nampak. Selepas saya diberitahu itulah saya baru nampak adanya api yang membakar.

Saya nak berhenti ke tepi jalan tapi brek pula tak berfungsi. Mujur brek tangan masih berfungsi dan saya perlahan-lahan berhenti ke tepi jalan.

Selepas sahaja berjaya memberhentikan kenderaannya itu, Roy memaklumkan dia dan keluarganya dengan pantas berlari keluar dalam keadaan api yang sudah mula marak.

Waktu itu memang kelam kabut sebab api dah mula marak dan besar tapi Alhamdulillah isteri saya berjaya keluarkan anak bongsu kami. Kemudian, kami terus berlari menyelamatkan diri.

Rezeki buat kami Allah berikan, kami selamat daripada kebakaran tersebut. Saya syukur sangat-sangat.

Di akhir videonya itu, Roy menitipkan ucapan terima kasih buat semua yang mendoakan keselamatan serta kesejahteraan dirinya dan keluarga.

Video kebakaran


Sumber: Instagram  / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post