Ajak Followers Solat Subuh Macam Solat Jumaat Di Masjid, Alif Satar Dipuji Netizen – ‘Suka Tengok Pengaruh Yang Dibawa’


Beberapa hari yang lalu, penyanyi dan pelakon Alif Satar telah memuat naik satu video di TikTok mengajak para pengikutnya untuk menunaikan solat Subuh berjemaah di masjid.

‘Geng Subuh macam Jumaat’


Terbaharu, Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif Mohd Satar berkongsi hantaran memaparkan dirinya dan beberapa individu lain yang turut sama-sama menyambut baik pelawaannya itu.

Dapat dilihat, Alif dan kesemua jemaah tersebut kemudiannya makan beramai-ramai di perkarangan masjid seusai solat Subuh serta mendengar kuliah agama di masjid berkenaan.

Menurut pelantun ‘Jangan Nakal’ itu, dia bercadang mahu mengadakan satu lagi sesi bersama para pelajar berdekatan dengan kariah masjid tersebut untuk sama-sama solat Subuh berjemaah di masjid.

Selesai solat, kami ramai-ramai (sekali dengan jemaah perempuan) dengar kuliah. Lepas tu, makan. Minggu depan buat menu kambing golek pulak.

Ada plan ‘baek punya’ untuk pelajar-pelajar sekolah yang datang Subuh kat masjid.

Netizen kagum dengan Alif


Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Alif yang berjaya mengajak orang ramai untuk menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid.

Menurut mereka, Alif bijak menggunakan pengaruhnya sebagai seorang selebriti yang dikenali dengan mengajak para pengikutnya untuk melakukan kebaikan.

Video

@itsalifsatar Hari Ahad,5:30am, 3 disember. Masjid Bukit Damansara @ saidina umar.. #GengSubuhMacamJumaat ♬ original sound - alifsatar

Sumber: Instagram, TikTok / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post