‘Sehidup Semati’, Pasangan Suami Isteri Meninggal Dunia Selang 2 Jam

Seorang lelaki warga emas dilaporkan meninggal dunia hanya selang dua jam sahaja selepas pemergian isterinya pada Rabu.

Meninggal dunia selang 2 jam

Allahyarham Mohamad Basar ditemukan tidak sedarkan diri di rumah oleh jirannya yang mahu memaklumkan berita pemergian isterinya, Norazizah Jasri. Allahyarham sempat dikejarkan ke hospital namun disahkan meninggal dunia akibat angin ahmar.

Menurut sumber Allahyarhamah Norazizah telah dimasukkan ke hospital sejak Isnin akibat jangkitan paru-paru. Namun disahkan meninggal dunia pada kira-kira 3 pagi akibat kegagalan fungsi organ dalaman.

Pasangan berkenaan tinggal berdua sahaja di rumah Blok B1, Felda Air Tawar 4 dan dimaklumkan tidak dikurniakan anak.

Namun, pada 4 pagi, difahamkan jiran mereka ke rumah pasangan itu untuk memaklumkan mengenai kematian berkenaan, namun mendapati suami Norazizah tidak sedarkan diri di ruang bilik solat rumah

Jenazah pasangan suami isteri itu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Felda Air Tawar 4, Kota Tinggi.

Sumber: Harian Metro / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post