[VIDEO] Beri Aiskrim Percuma Kepada OKU, Kisah Penjual Aiskrim Ini Buat Ramai Sebak


Siapa sangka, di sebalik kebaikan yang dilakukan ada kisah sedih yang disimpan

Kadangkala kita terlihat orang membuat kebaikan, pasti kita akan menyangka mereka sedang berasa senang hati ataupun sedang dalam mood yang baik. Namun begitu, boleh jadi sesuatu yang sedih berlaku di sebalik kebaikan yang dilakukan oleh seseorang.

Baru-baru ini, telah tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang penjual aiskrim memaparkan promosinya untuk memberi aiskrim percuma kepada golongan OKU. Kisah inspirasinya berbuat demikian mendapat perhatian netizen.

@ruimeilo Nampak abang jual aiskrim, terharu dengan semangat bang 💪 #longervideos #fyp #fypシ #tiktokmalaysia #penang #malaysia #belanja ♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari

Pernah mempunyai anak OKU yang sudah meninggal dunia

Menerusi video berkenaan, lelaki tersebut menceritakan kisah di sebalik mengapa dia membuat keputusan untuk memberikan aiskrim percuma kepada OKU. Rupa-rupanya lelaki tersebut pernah mempunyai anak OKU yang sakit terlantar tetapi sudah meninggal dunia.

Kisah yang diberitahu lelaki itu membuatkan ramai sebak kerana walaupun sudah kehilangan anak, dia tetap meneruskan usaha murninya itu dengan niat bersedekah.

Murah rezeki lelaki ini apabila @ruimeilo yang merakamkan video ini bertindak membeli 50 aiskrim untuk diberikan secara percuma kepada orang ramai.

"Bergetar suara seorang bapa bila sebut tentang anak syurganya" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 140.5K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan reaksi terharu terhadap video tersebut.



Siapa pula yang potong bawang ni :')

Sumber : says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post