Niat Mahu Kongsi Gambar Berbulan Madu, Wanita Disantau…Meronta Ketika Rukyah


Majoriti perempuan biasanya gemar memuat naik tentang kebahagiaan rumah tangga mereka ke media sosial dengan niat untuk menyimpannya sebagai memori. Malang sekali, tidak semua mata akan memandang positif kepada perkongsian sebegitu. Walaupun zaman semakin moden, amalan sihir menyihir akibat dengki masih lagi wujud hingga sekarang.

Niat di hati nak berkongsikan pengalaman berbulan madu dengan suami, tiba-tiba…

Itulah dugaan yang menimpa seorang wanita ini setelah dia berkongsikan gambar kenangan manis berbulan madu dengan Encik Suami. Kerana tidak suka melihat ikatan kasih sayang antara pasangan ini, ‘seseorang’ dipercayai telah menggunakan foto terbabit untuk tujuan menghantar santau.

Baju, kuku rambut, semua benda yang tak terfikir ni boleh digunakan untuk tujuan tak elok

Ketika proses rukyah berlangsung dengan perawat @Farhan Almustqim, wanita ini telah meronta-ronta dengan cukup kuat apabila dibacakan ayat-ayat suci Al-Quran. Daripada kejadian ini, Tuan Farhan menasihati agar orang di luar sana berhati-hati untuk berkongsi kebahagiaan secara umum.


@farhan_almustakim #manusiakejam bila hati dah hitam cemburu dengan kebahagian orang lain disantau nya. #rawatanarsyifa #farhanarsyifa #santaupemisah #honeymoon #saka#ujianrumahtangga #santaumaut #santaupos #sihirpemisah #keluargabahagia #rawatanarsyifabatupahat #rawatanarsyifadungun #gengbidara #fyp #trending ♬ original sound - Nashrin

Lebih bagus jika kita semua simpan sendiri sahaja kemanisan dalam rumah tangga kerana di sebalik mata-mata yang melihat, kita tidak tahu siapakah kawan atau musuh dalam selimut.

Better private hidup kita…Kebahagiaan tak boleh ditunjukkan sebenarnya

Menerusi ruangan komen, ramai netizen bersetuju dengan pesanan yang diberikan oleh perawat ini. Bagi mereka sendiri, mereka lebih selesa menjalani hidup secara tertutup demi melindungi diri daripada pandangan tidak baik.

KREDIT : TikTok Farhan Almustaqim / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post