Peserta Ironman, Muhaini Mahmud Meninggal Dunia


Peserta Ironman, Muhaini Mahmud Meninggal Dunia

Peserta kejohanan triatlon Ironman, Muhaini Mahmud dilaporkan telah meninggal dunia.

Memetik laporan Astro Awani, berita duka itu disahkan oleh ahli keluarga terdekat Allahyarhamah.

Muhaini atau lebih dikenali sebagai Mui, 44, meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi, pada petang Ahad selepas ditidurkan bagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Selain itu, perkara tersebut juga turut dimaklumkan oleh pengguna Facebook, Radzlan Jalal yang juga dipercayai sepupunya.

Menerusi kiriman itu, Radzlan berkata jenazah Mui akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kuala Lumpur, esok.

“Solat jenazah Allahyarhamah Muhaini Binti Mahmud akan diadakan selepas solat Zohor dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang Kuala Lumpur.

“Sama-sama kita sedekahkan bacaan surah Al-Fatihah kepada Allahyarhamah. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah serta ditempatkan dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya.

Difahamkan, Allahyarhamah merupakan rakan rapatnya.

“Innalillahiwainailaihirajiun. See u when I see u Mui.

“Saya kehilangan seorang kawan baik yang tak pernah gagal ucapkan selamat hari lahir kepada saya setiap tahun. Hari lahir saya lagi dua minggu.

“Kita dah janji kan nak makan-makan untuk sambut 45 tahun pencapaian “HOT” kita.

“Semoga rehat dengan tenang di taman-taman Syurga, our beloved Mui,” katanya.

Muhaini juga merupakan pengasas bersama bagi platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd.

Terdahulu, media melaporkan bahawa seorang peserta wanita dikejarkan ke HSM kerana disyaki mengalami keletihan semasa melakukan disiplin renang dalam kejohanan tersebut yang berlangsung semalam.

Sumber: Astro Awani / Siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post