Pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang KTM, mohon doa bergelar hafiz & hafizah


Video sekumpulan pelajar sedekah al-Quran kepada penumpang kereta api (KTM) baru-baru ini telah mendapat perhatian.

Pelajar sedekah al-Quran, mohon doakan jadi hafiz & hafizah

Menerusi perkongsian video dari hazim.aqil, dia memaklumkan yang pelajar sedekah al-Quran itu merupakan pelajar dari Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) ATM Bera, Pahang yang mengedarkan naskah al-Quran kepada penumpang beragama Islam di dalam KTM itu secara percuma.

Ujarnya, mereka pelajar-pelajar berkenaan hanya mengharapkan agar para penumpang dapat mendoakan mereka menjadi seorang hafiz dan hafizah pada masa hadapan.

“Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat,” tulisnya.

@hazim.aqil Semoga semua pelajar MRSM ATM Bera menjadi hafiz/hafizah yang berjaya dunia dan akhirat🤲🏻. #education #edutokmotivation #ktm #fyp #fypシ ♬ Sepanjang Hidup (Vocals Only Version) - Maher Zain

Pelajar sedekah al-Quran, dapat respon positif daripada penumpang KTM

Menerusi video tersebut, dapat dilihat yang penumpang-penumpang memberikan respon positif serta mendengar penerangan pelajar berkenaan ketika menerima naskah kitab suci tersebut.

@hazim.aqil Alhamdulillah, sangat menyentuh hati. Hebat guru-guru dan anak murid sekolah tersebut. Semoga semuanya dapat menjadi hafiz dan hafizah yang berjaya. #ktm #fyp ♬ original sound - GAJAH TERBANG

Didoakan agar pelajar-pelajar berkenaan bergelar hafiz & hafizah

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji program tersebut yang pasti membuatkan ramai sebak dan berharap supaya usaha berkenaan berterusan di pada tahun-tahun hadapan.

Mereka juga mendoakan agar pelajar-pelajar yang terlibat dalam program terbabit dan rakan-rakan yang lain berjaya bergelar seorang hafiz serta hafizah pada masa akan datang.




Sumber: TikTok hazim.aqil / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post