Fad Bocey timang anak kelima, kongsi wajah bayi dalam masa terdekat


 Fad berkongsi gambar mendukung bayinya.

PELAWAK Fad Bocey berkongsi berita gembira isterinya selamat melahirkan cahaya mata kelima mereka pada pukul 9.20 pagi, Khamis.

Isterinya iaitu Syaheera Rahman bersalin di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor.

Meluahkan rasa syukur atas kelahiran anak mereka itu, Fad atau Muhammad Fazlie Mohd Nizam, 32, turut memberitahu bakal berkongsi wajah anak mereka dalam masa terdekat.

Fad bersama isteri dan empat anak mereka.

"Alhamdulillah isteri saya selamat melahirkan bayi kelima kami. Terima kasih untuk semua yang mendoakan.

"Nanti kami kongsi gambar baby," tulisnya ringkas.

Dalam satu perkongsian berbeza, Fad memuat naik video perjalanan dia menemani isteri ke hospital sebelum bersalin.

Sementara itu, dalam satu hantaran di Insta Story, Syaheera juga berkongsi keadaan terkini dirinya yang masih berada di hospital selepas keluar dari dewan bersalin.

"Syukur satu lagi perjuangan yang Allah mudahkan. Maaf saya nak rehat dahulu sebab tengah pening kepala kesan muntah lepas naik ke bilik," ujarnya.

Untuk rekod, Fad dan Syaheera mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015.

Pasangan ini dikurniakan empat orang anak iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan, Nur Aminah Mishall serta Ibrahim Jibriel.

Sumber :  mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post