“Basuh tak ayam ni?” - Lelaki hilang selera peniaga hidang sayap berbulu... Sudahnya jadi makanan kucing


Nasi ayam yang dibeli lelaki berkenaan tidak disajikan dengan bersih. -Gambar FB Kuala Terengganu Residen

ALANGKAH luluhnya hati apabila melihat makanan yang mahu dijamah berada di dalam keadaan yang tidak seperti diharapkan.

Berganda rasa kecewa lebih-lebih lagi ketika perut sangat lapar.

Itulah nasib malang yang menimpa seorang lelaki apabila nasi ayam yang dibelinya daripada sebuah kedai makan tidak disajikan dengan bersih.

Mana tidaknya, dia mendakwa jelas kelihatan helaian bulu pada daging ayam yang diletakkan sekali di dalam bungkusan bersama dengan nasi.

Kelihatan bulu ayam yang tidak dicabut dengan bersih sebelum dimasak.

"Hajat hati nak makan nasi ayam hainan Batu Burok hari ini. Sampai-sampai pukul 5 petang, dah tutup. Selang dua tiga kedai nampak banner nasi ayam... bungkus satu

"Tengah semangat buka, nampak macam ni ayamnya. Basuh tak ayam ni? Nampak banyak tu bulu, bukan seurat. Rezeki kucing lah ni," tulisnya dalam satu hantaran yang dikongsikan di laman Kuala Terengganu Residen.

Lelaki tersebut turut memuat naik dua keping gambar, memaparkan nasi ayam yang dibeli daripada kedai tersebut untuk menyokong dakwaannya.

Kelihatan beberapa urat bulu pada bahagian sayap ayam, menunjukkan ia tidak dicabut dan dibersihkan sebelum dimasak.

Bagaimanapun lelaki tersebut tidak mendedahkan lokasi serta harga nasi ayam yang dibelinya itu.

Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit.

NETIZEN

Kecewa kerana tidak dapat menikmati makanan tersebut, dia bagaimanapun menitipkan pesanan kepada para peniaga supaya tidak mengabaikan soal kebersihan ketika mengendalikan makanan yang ingin dijual.

"Kepada orang yang berniaga, tolong jaga kebersihan. Nak jual, buat macam yang kita nak makan sendiri. Jangan buat macam ni, tak berkat rezeki," tulisnya lagi.

Perkongsian lelaki tersebut mengundang perhatian netizen yang rata-ratanya turut berkongsi pengalaman hampir sama.

Antara komen netizen terhadap perkongsian berkenaan.

"Pernah kena macam ni dulu. Apabila complaint dekat kedai tu, mulalah buat muka. Kita nak makan tak sedap, lepastu kata kita bising benda remeh.

"Masa cuci, goreng, memotong dan masa membungkus... terlepas pandang belaka. Kalau ikutkan, waktu kendalikan ayam tu banyak step, boleh nampak kalau ada bulu.

"Buat kerja cuai, tahu nak kaut untung je.

"Kalau pengotor, pintu rezeki pun sempit," demikian antara komen netizen.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post