Untung anak jual gula-gula, Achey beli MPV jadikan van jenazah percuma untuk mereka memerlukan


Achey berkongsi berita gembira pencapaian yang dibuat atas perniagaan Tiara.

HASIL keuntungan jualan makanan ringan yang diusahakan oleh pelawak Achey dan anaknya iaitu Nur Tiara Zinnirah membolehkan mereka membeli sebuah kenderaan serba guna (MPV) bagi tujuan perkhidmatan van jenazah secara percuma.

Achey atau Mohd Nasir Hamzah, 37, berkata kenderaan itu berjaya dibeli hasil daripada sokongan netizen terhadap perniagaan Tiara Botol Candy yang diusahakan di TikTok.

"Assalamualaikum, inilah pencapaian seorang anak yang bernama Nur Tiara Zinnirah Nasir Binti Abdul Haq atau dikenali sebagai Tiara.

Perniagaan jualan makanan ringan Tiara mendapat sambutan ramai.

"Ini adalah pencapaian selepas korang (netizen) menyokong perniagaan Tiara Candy untuk kami merasa hasilnya.

"Ini merupakan sebuah kenderaan MPV untuk Tiara atau mungkin untuk kita semua... sebuah van jenazah percuma yang anda juga telah menyumbang," katanya.

Achey berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada Jumaat.

Dalam pada itu, pelawak berkenaan memberitahu biarpun mereka membeli kereta terpakai, namun dia percayai usaha ini masih mampu untuk memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan.

Kata Achey, mereka turut menyediakan set kelengkapan pengurusan jenazah namun masih belum boleh beroperasi disebabkan beberapa perkara.

"Maaf sekiranya van jenazah ini kurang memuaskan, diharapkan ia dapat memudahkan orang lain dan perkhidmatan percuma.

"Walaupun kereta second hand tetapi kami percaya ianya dapat membantu... peti mayat belum siap jadi belum boleh beroperasi lagi.

Achey dan isteri, Hasanah giat menjalankan perniagaan Tiara Botol Candy.

"Kepada waris yang kurang berkemampuan, kami sediakan juga set kain kafan percuma," ujarnya.

Sebelum ini menerusi temu bual bersama mStar, Achey memberitahu hampir 18,000 pek gula-gula sudah terjual.

Susulan perniagaan itu mendapat permintaan luar biasa, Achey terpaksa mengupah beberapa orang pekerja sambilan bagi membantu melakukan kerja pembungkusan.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post