Abang sedih, tiga pelajar tumbuk & pijak adik sampai pengsan di sekolah



Seorang pengguna TikTok meluahkan rasa berang dan sedih apabila melihat keadaan adiknya lemah longlai kerana dipercayai menjadi mangsa buli di sebuah sekolah di Jalan Hulu Takir, Kuala Terengganu, baru-baru ini.

Adik kena tumbuk, pijak sampai pengsan

Pengguna tersebut yang juga abang kepada mangsa mendedahkan adik lelakinya dikenali Nur Daniel Farish dipukul tiga orang pelajar Tingkatan 2 ketika melarang sebuah pergaduhan berlaku pada ketika itu.

Malah, si abang turut mendedahkan adiknya ditumbuk sehingga mengalami sesak nafas selain dipijak sampai pengsan.

“Adik saya dipukul tiga orang pelajar Tingkatan 2, sedangkan dia hanya seorang. Bayangkan ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan.

“Dipukul kerana melarang pergaduhan, namun ditarik kerana tidak puas hati dilarang (melarang),”ceritanya.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 12 tengah hari, namun dimaklumkan pada 2 petang selain menyatakan ramai pelajar turut berada di lokasi kejadian hanya berdiam diri dan melihat adiknya dipukul sahaja.

“Ramai yang terlibat tapi yang memukul tiga orang gangster besar sekolah itu. Ramai yang melihat tapi tidak mampu melawan kerana backup si pembuli. 

“Dipukul lebih kurang pukul 12 lebih dan diberitahu pada jam 2 lebih,”maklumnya lagi.

Dalam hantaran yang sama, si abang memaklumkan kes tersebut telah pun selesai dan hanya menunggu tindakan seterusnya yang bakal dilakukan oleh pihak sekolah.

Bagaimanapun, si abang tetap meluahkan rasa tidak puas hati dan memberi peringatan dengan mengatakan hidup ‘si pembuli’ tidak akan aman sehingga ke akhir hayatnya.

@bosskal7 Adik saya dipukul 3 orang pelajar tingkatan 2 sedangkan dia hanya seorang 😞bayangkan ditumbuk sehingga sesak nafas dan dipijak sehingga pengsan😣ramai yang melihat tapi tidak mampu melawan kerana ramai yang backup si pembuli🥹dipukul lebih kurang pukul 12lebih dan diberitahu pada jam 2lebih 🥰 ingatlah pada si pembuli hidup mu tidak akan aman sampai mati #ppdkualanerus #komstar #adam #farish #syahmi #adamtakir #syahmiflatkgbatinblokO #farisflatkgbatinblokP ♬ original sound - :)

Dalam perkembangan lain, si abang memaklumkan adiknya kini semakin beransur pulih, namun tegas dengan pendirian tidak akan memaafkan pelaku.

Apa nak jadi? Merisaukan!

Rata-rata warganet turut bersimpati dan meluahkan rasa terkilan kerana amalan membuli masih lagi berlaku sehingga kini.

Mereka juga menasihati agar tidak ‘termakan’ dengan kata-kata daripada pengetua sekolah sekiranya diminta untuk tidak membuat laporan polis.


Sumber” TikTok @bosskal7 / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post