“Saya Nak Hidup Dengan Tenang”, Khairul Aming Jawab Isu Tidak Beli Kereta Mewah


Jika kita lihat, segelintir usahawan atau founder pasti memiliki kereta mewah sebagai tanda kejayaan bisnes mereka. Namun, berbeza pula dengan seorang usahawan ini iaitu Khairul Aming yang terus memilih untuk hidup secara sederhana meskipun sudah memiliki perniagaan yang maju dan besar.

“Saya nak tidur dengan tenang”- KA

Menerusi sebuah video yang tular di akaun TikTok syaz_aa, usahawan dan influencer terkenal itu memberitahu bahawa dia menahan nafsu daripada membeli sebuah kereta mewah adalah demi ketenangan jiwanya sendiri. Besar periuk nasi, besar juga keraknya. Apabila pendapatan sudah meningkat dan ditambahkan lagi dengan perbelanjaan komitmen yang besar, sebesar mana pun jumlah wang tetap tidak akan pernah terasa cukup.

“Saya dah 6 tahun tak cukup tidur sebab berhempas pulas usahakan perniagaan ni”

Usahawan sambal itu turut mendedahkan itulah punca mengapa dia tidak mahu mengambil risiko membeli kereta mewah. Jika terus maintain dengan gaya hidup sekarang ini, dia pasti tidak akan dibebani hutang dan dapat menyimpan wang yang banyak sekaligus merasai kehidupan lebih tenang.

@syaz_aa #khairulaming #khairul@khairulaming #tiktokmalaysian #fyplaa #khairulaminghumble #sambalnyet ♬ Rahmatun Lil'Alameen - Maher Zain

Lebih gemar beli barang untuk bisnes berbanding kemahuan diri

Mengusahakan perniagaan sambal hingga memiliki 2 buah kilang, influencer terkenal itu menyifatkan dirinya lebih gemar melabur dalam perniagaan sambal yang diusahakan selama ini daripada membeli barangan mewah untuk diri sendiri. Tambahan lagi, Khairul turut berkata pembelian aset yang memberi pulangan wang semula seperti mesin sambal adalah lebih baik berbanding memanjakan diri dengan kereta atau rumah baru.

@syaz_aa baguslah nak beli apa2 fkir dulu..jangan beli itu ini ikut nafsu kemudian hari mndatangkan kesusahan pada kita balik..bagus utamakan yang penting dulu..#khairulaminghumble #fyplaa #tiktokmalaysian #sambalnyet #khairulaming ♬ Rahmatun Lil'Alameen - Maher Zain

KREDIT : TikTok syaz_aa / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post