Akad Nikah Dilafaz Dalam Bahasa Isyarat, Pasangan OKU Sah Jadi Suami Isteri

Selalunya majlis akad nikah dilakukan dalam bentuk lisan oleh pengantin lelaki tapi berbeza pula pada kali ini. Seorang lelaki yang mempunyai masalah kelainan upaya telah melafazkan akad nikah dengan menggunakan bahasa isyarat cukup meraih perhatian warganet.

Cara OKU akad nikah… first time tengok…

Pengantin lelaki ini difahamkan mengalami masalah pertuturan dan pendengaran sepanjang kehidupannya. Kemudian dia berniat untuk mengahwini seorang wanita yang juga merupakan orang kelainan upaya seperti dirinya. Walaupun mempunyai masalah kelainan upaya, itu tidak menjadi penghalang untuk dia hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri.

@abesolution9911

Solute juruterjemaah dia berusaha utk Translate dr khutbah akad nikah smpai hbis

♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari

Salute betul penterjemah tu translate satu-satu…

Majlis penikahan ini lebih menarik perhatian khalayak umum apabila pasangan OKU ini terutama pengantin lelaki melafazkan bacaan akad nikah penuh dengan menggunakan bahasa isyarat melalui bantuan seorang wanita yang dikenali sebagai penterjemah. Kegigihan wanita tersebut terserlah apabila menterjemah setiap butir kata daripada khutbah akad sehingga tamat majlis tersebut kepada pengantin lelaki yang mempunyai masalah pendengaran dan pertuturan.

@abesolution9911

Solute juruterjemaah dia berusaha utk Translate dr khutbah akad nikah smpai hbis

♬ Jiwa Yang Bersedih (Sped Up Version) - Ghea Indrawari
@aidel132 Majlis akad nikah orang kelainan kurang upaya guna bahasa isyarat #nikah #fyp #utusanmalaysia #utusantv ♬ original sound - M.Aidel

“Islam itu mudah, inshaAllah sah… Moga bahagia selamanya”

Perkongsian daripada TikTok Abey Biz telah mencecah lebih 7 juta tontonan sekaligus mencetuskan persoalan daripada netizen. Ada segelintir komen yang mempertikaikan proses akad nikah ini sama ada sah atau tidak. Selain itu, terdapat juga komen yang berbaur positif dikeluarkan netizen dengan mengucapkan tahniah atas perkahwinan dan berharap agar berkekalan selamanya.

KREDIT : TikTok Abey Biz, TikTok Aidel123, TikTok Azwan Rashiddi / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post