Penumpang Kejar Bas Tapi Tak Dipeduli, Syarikat Kenakan Tindakan Pada Pemandu


Walau sudah cuba menepati masa mengikut tiket yang dibeli, terkadang ada penumpang yang terlambat sampai di terminal ekoran perkara yang tidak dapat dielakkan. Walaupun lewat, ada yang sanggup mengejar bas sampai memasuki laluan lebuh raya demi menuju ke destinasi mereka. Jika tiada halangan, majoriti pemandu bas akan berhenti bergantung kepada aspek lokasi dan keselamatan.

Pemandu tinggalkan penumpang, sedangkan boleh je berhenti

Namun dalam kejadian 4 hari lalu, seorang lelaki ditinggalkan dengan penuh rasa hampa setelah usahanya mengejar bas Kuala Terengganu-Melaka gagal. Kejadian itu sempat dirakam oleh seorang penumpang lain yang sudah berada dalam bas. Meskipun bas berkenaan masih berada di kawasan terminal, pemandu yang sedang bertugas saat itu tetap meneruskan perjalanan.

@tsharissadli

♬ Take Me Home Country Road - The United Trio

Abang dah sampai awal, dia letak barang pergi tandas sekejap – Adik

Menurut pendedahan Haris lagi, jadual perjalanan bas itu adalah pada jam 9 malam dan pemandu terbabit terus menutup pintu seminit kemudian. Dia sudah beritahu tentang penumpang tersebut, malangnya pemandu bas langsung tak peduli. Rupanya bukan berlari semata-mata, bahkan lelaki itu sudah sambung kejar menaiki motosikal.

Siasatan dalaman sudah dimulakan sejurus aduan diterima

Sedar bahawa tindakan pemandu itu seperti tiada sifat timbang rasa, pihak syarikat akhirnya mengeluarkan klarifikasi menerusi Facebook rasmi mereka semalam. Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tuan Zachary Ismali berkata, pihak mereka sudah meminta maaf secara peribadi kepada lelaki itu.

Buat pemandu terbabit pula, tindakan susulan sudah pun diambil oleh pihak pengurusan.

KREDIT : Portal mStar, TikTok Haris Adli & Mara Liner Sdn Bhd / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post