Oyen ditemui datang ke hospital dalam kesakitan, tagih simpati rawat tangan tercedera


Setiap hidupan di atas muka bumi ini wajar dikasihi tidak kiralah ia manusia, haiwan mahupun tumbuhan.

Hidupan seperti haiwan sangat terdedah kepada bahaya dan mereka juga tidak tahu cara untuk meminta tolong sekiranya terjadi sesuatu perkara yang buruk.

Namun lain yang jadi kepada seekor kucing ini, di mana ia telah hadir ke hospital bagi mendapatkan rawatan untuk tangannya yang cedera.

Perkara itu telah dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok @enoasan2 di salah sebuah Hospital Kerajaan di Selangor.

Berdasarkan perkongsian itu, kejadian yang melibatkan seekor kucing berwarna oren itu dipercayai berlaku di Hospital Selayang.

“Kisah seekor kucing bernama Oyen pergi Hospital Selayang nak buat rawatan tangannya cedera. Tak tahu sebab apa. Terbaik jururawat-jururawat dekat sini amat sporting sekali. Dengan haiwan pun diorang bantu juga memberikan rawatan terbaik,” tulis kapsyen muat naik tersebut.

Menerusi perkongsian video itu, dapat dilihat Oyen tersebut mengalami kecederaan di bahagian kaki hadapanya.

Kucing itu juga berjalan dengan berjingkit-jingkit kesan daripada kecederaan tersebut.

Kemudian seorang jururawat yang melihat Oyen itu telah membantu membawa kucing berkenaan ke bilik rawatan.

“Kelihatan seorang jururawat lalu di situ dan segera menghantar ke bilik rawatan,” tulis muat naik video tersebut.

Selang beberapa minit, kucing tersebut dilihat keluar dari bilik rawatan dengan balutan pada kakinya.

Selesai rawatan itu, kucing tersebut kemudiannya dikatakan berlalu pergi dari hospital terbabit.

Muat naik video itu telah menerima reaksi komen yang pelbagai daripada pengguna media sosial tersebut.

Antara komen yang ditinggalkan adalah:

“Semoga kamu baik-baik saja Oyen. Sayang kamu Oyen,” tulis seorang netizen.

“Alaaa pandainya dia minta tolong di tempat yang tepat,” tulis seorang lagi netizen.

“Jadi sekarang ni, mana perkembangan terbaru keadaan kucing ni? Tolong sesiapa,” tanya seorang netizen berkenaan keadaan kucing berkenaan.

Salah seorang daripada pengguna kemudiannya meninggalkan komen bahawa kucing itu telah diambil oleh sebuah keluarga.

“Dah ada insan yang baik hati ambil dia haritu. Tak sempat nak ambil gambar akan tu dengan keluarga dia. Doakan mereka sekeluarga murah rezeki ya,” tulis seorang netizen yang menjadi saksi kejadian itu.

@enoasan2 kisah seekor kucing bernama oyen pergi hospital selayang nak wat rawatan tangan nye cedera x tau sebab ape, terbaik nurse2 kat sini amat sporting sekali, dengan haiwan pun diaorg bantu juga memberikan rawatan terbaik.. #oyen #kucing #hospitalselayang #oyensakit ♬ Sad background music of piano and strings - Rinotzr

Sumber: TikTok/@enoasan2 / siakapkeli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post