Penyampai berita veteran Nightline TV3, Raymond Goh atau nama Islamnya, Muhammad Zaman Goh dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 10.43 pagi tadi.
Perkata itu dimaklumkan oleh keluarga Allahyarham dalam satu kenyataan dan isterinya, Faridah Teh menyatakan solat jenazah akan diadakan di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur selepas solat Asar.
Tambah Faridah Teh, jenazah suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara.
Sebelum ini, media melaporkan Raymond berada dalam keadaan kritikal selepas diserang angin ahmar dan dimasukkan ke dalam hospital di Petaling Jaya pada 30 Ogos lalu.
Goh memulakan kerjayanya sebagai penyampai berita di 7 o’clock news dan kemudian beralih kepada Nightline di stesen televisyen berkenaan. Dia juga telah berkhidmat dalam dunia penyiaran lebih 30 tahun dan kini turut menjadi jurulatih untuk pengucapan.
Sumber: FB Astro Awani / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.