Dalam perjalanan ke sekolah, guru terbabit kemalangan sempat mengucap & sebut ‘Allah’

Seorang guru lelaki meninggal dunia selepas lebih seharian bertarung nyawa di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF).

Memetik laporan Harian Metro, mangsa Ahmad Syahir Abdul Rahman terlibat dalam kemalangan di Kampung Panchor, Pagoh itu cedera parah dan dimasukkan ke zon merah HPSF.

Walau bagaimanapun, pengajar Sekolah Kebangsaan Kundang Ulu, Bukit Gambir itu dilaporkan kritikal dan telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 11 pagi, semalam.

Ketua polis Daerah Muar Asisten Komisioner Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja dari rumahnya di Kampung Parit Raja.

Tambah beliau, sebuah kereta Toyota Vios dipandu seorang penuntut cuba memotong kenderaan di hadapannya namun gagal lalu mengakibatkan kemalangan tersebut.

“Bagaimanapun, cubaan pemandu gagal lalu merempuh motosikal ditunggang mangsa. Rempuhan itu menyebabkan motosikal tercampak dan mangsa mengalami pendarahan di kepala,” katanya.

Dalam pada itu, berita kematian itu mengundang rasa sebak dalam kalangan kenalan rapat dan orang ramai yang mengucapkan salam takziah kepada ahli keluarga mangsa.

Lebih menyedihkan, mangsa dikatakan sempat mengucap serta menyebut kalimah ‘Allah’ sebelum tidak sedarkan diri dan dibawa ke HPSF untuk rawatan lanjut.

Sumber: Harian Metro (Alias Abd Rani), Facebook / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post