Bayi Jiran Kerap Bising, Pelajar PHD Kimia Masukkan Cecair Beracun Dalam Rumah


Tiada angin tiada ribut, sebuah keluarga ini merasa pelik kerana tahap kesihatan mereka tiba-tiba terjejas tanpa diketahui sebab sebenar. Antara kesan yang dialami adalah seperti pening kepala yang lebih teruk daripada migrain, rasa loya, mengantuk, kelesuan, kesukaran bernafas dan juga keguguran rambut.

Kesihatan keluarga Umar merosot selama 1 bulan

Umar Abdullah berusia 36 tahun hanya tinggal bertiga bersama isteri serta anaknya yang berumur 1 tahun. Sepanjang mereka tidak sihat, Umar menyedari dalam kediaman mereka mempunyai bau-bau seperti bahan kimia namun dia tidak dapat pastikan apa, di mana atau dari mana ia datang. Kerana curiga, akhirnya Umar sengaja meletakkan satu kamera khas di celahan pasu bunga menghadap ke pintu rumah mereka.

Jiran tingkat bawah masukkan racun dalam rumah

Mengejutkan, jiran tingkat bawah yang sudah dikenali selama 1 tahun rupanya datang menyelinap dan menyuntik sesuatu menerusi pintu rumah Umar. Difahamkan, Xuming Li merupakan seorang pelajar PhD dalam jurusan kimia dan kini sedang menuntut di University of South Florida iaitu antara universiti terbaik dalam ranking global.


Pernah ada isu tak puas anak jiran buat bising

Sebelum ini, 2 pihak tersebut memang pernah ‘berseteru’ di mana Xuming merasa kurang senang tentang bunyi bising setelah Umar menimang bayi. Namun Umar tidak sangka jirannya sampai ke tahap sanggup meracuni mereka sekeluarga. Lelaki ini telah melaporkan hal itu kepada pihak berkuasa dan pasukan hazmat segera datang ke rumah mereka untuk kerja-kerja pembersihan.
@dailymailcrime NEW: PHD chemistry student 36-year-old Xuming Li was caught injecting a toxic chemical agent under a florida family’s front door. When the couples baby daughter got repeatedly sick & they noticed a smell with no apparent cause after indepth investigation, they set up a camera in the hallway plant pot. They had experienced nausea, vomiting, headaches and breathlessness, on multiple occasions prior to the footage. Li was arrested on a number of felony charges, including posession of a controlled and dangerous substance & burglary. #fyp #crime #truecrime #shocking #cctv #bodycam #caughtoncamera #poison #xumingli #family #crimetok #crimetiktok ♬ original sound - CrimeTok

Dalam video itu, dapat nampak Xuming tahan nafas…Maknanya dia tahu risiko cecair itu – Umar

Hasil siasatan mendapati Xuming gunakan campuran bahan kimia jenis Metadon (kesan sama seperti morfin)  serta Hydrocodone (menyerupai pain killer). Berita melaporkan Xuming telah pun ditangkap dan dihadapkan ke dalam prosiding mahkamah atas 6 pertuduhan. Umar sekeluarga merasa amat trauma dengan kejadian ini hinggakan mereka begitu takut jika terjatuhkan barang atas lantai rumah tanpa sengaja.

KREDIT : Portal KKTV & TikTok Crimetok  / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post