[VIDEO] Tidak Amal Pemakanan Sihat, Kaki Abang Azlan Terpaksa Dipotong – ‘Pagi Petang Siang Malam Minum Teh Ais’

Tular baru-baru ini, sebuah video seorang lelaki berkongsi tabiat pemakanan tidak sihat sehingga kaki terpaksa dipotong.

Penghidap diabetes

Menerusi perkongsian di TikTok, lelaki itu mengalami penyakit kronik di mana kakinya terpaksa dipotong.

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Azlan, dia memaklumkan bahawa dirinya menghidap penyakit diabetes atau kencing manis sejak lebih 30 tahun. Namun, penyakit tersebut semakin kronik ketika usianya mencecah 45 tahun yang berpunca disebabkan pemakanan tidak teratur.

Punca dia mula ketara bila umur kita naik 45 tahun ke atas. Mula pingganglah dia, jantung lah. Masa umur 30 an dia tak ada.

@kedidi_kakipalsu Abang Azlan share tabiat dia masa muda.Umur 45 dia kata dah start nampak kesan.Perlu kaki palsu tapi tak mampu? boleh hubungi kami.Moga bermanfaat #diabetes #kencingmanis #kedidikakipalsu #amputeeinfo ♬ original sound - kedidikakipalsu

Kata Azlan, tabiat pemakanannya yang tidak mengawal pengambilan minuman teh tarik tanpa mengira waktu menyebabkan dia ‘hilang’ kaki kanan.

Abang ini minat teh tarik. Pagi petang siang malam, minum teh tarik dan teh ais. Dari zaman muda banyak minum air tin lah. Makan tak menentu. Tapi teh ni.. dalam kereta memang sentiasa ada.

Tambah Azlan, doktor memberitahu kesan pengambilan makan yang tidak menentu menjadi salah satu punca utama diserang penyakit.

Doktor kata sebab pemakanan, makan tak jaga. Bukan semestinya kita makan manis saja. Tak jaga makan, tak ikut masa makan, ikut masa kita ja.

Dalam video tersebut, Azlan juga memberi nasihat kepada orang ramai untuk menjaga pemakanan dan dapatkan rawatan doktor dengan segera sebelum melarat.

Sumber: TikTok / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post