Pelajar Maut Digilis Treler Ketika Dalam Perjalanan Ke Stesen Minyak

Seorang pelajar lelaki berusia 17 tahun maut selepas digilis sebuah treler dalam kejadian di Kilometer 37 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh, Serendah, pada Rabu.

Maut digilis treler

Menurut Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintenden Ahmad Faizal Tahrim, kemalangan nahas itu berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Comel dalam perjalanan dari sekolahnya menuju ke stesen minyak.

Sampai di tempat kejadian, penunggang motosikal dari simpang di sebelah kiri terlanggar bahagian tengah treler lalu terjatuh dan digilis tayar belakang kenderaan terbabit.

Mngsa yang mengalami kecederaan parah di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Myat mngsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk bedah siasat. Tambahnya lagi, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku semasa pemandu treler, 30, dalam perjalanan dari Batang Kali ke Kuala Lumpur.

Orang ramai yang melihat kejadian diminta menyalurkan maklumat dengan tampil ke balai polis berhampiran untuk membantu siasatan.

Sumber: Sinar Harian / ohbulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post