Sadio Mane, Benzema tunai umrah selepas berpindah ke Arab Saudi


KAPTEN Al-Ittihad dan pemenang Ballon d'Or 2022, Karim Benzema yang baru berhijrah ke Liga Pro Saudi, Jun lalu, sedang menikmati waktu yang indah di negara tersebut.

Baru-baru ini, Benzema yang merupakan seorang Muslim, berkongsi video dirinya sedang menunaikan ibadah umrah di Makkah.

Bekas bintang Real Madrid itu kedengaran berkata: "Mashallah, yang terbaik daripada yang terbaik. Alhamdulillah".

Ini bukan kali pertama Benzema menunaikan umrah. Difahamkan, dia pernah menunaikan ibadah berkenaan pada 2016.

Selain Benzema, bintang baharu Al Nassr, Sadio Mane, turut menunaikan umrah beberapa jam selepas membuat penampilan pertamanya pada Khamis (3 Ogos) lalu.

Mane dirakam dalam sebuah video yang tular di media sosial, bersama beberapa rakan sepasukannya, termasuk bekas kapten RC Lens Seko Fofana.

Kelab bola sepak di Arab Saudi sudah menandatangani beberapa bintang terkemuka, bermula dengan Cristiano Ronaldo tahun lalu, dan disertai Karim Benzema, Jordan Henderson dan Sadio Mane tahun ini. - Khaleejtimes

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post