Rider nahas pesawat terima ‘order’, tak sempat hantar sup gear box kepada pelanggan


Berita mengenai nahas pesawat Beechcraft Premier 1 yang terhempas pada petang semalam di Elmina, Shah Alam mengejutkan banyak pihak terutama di kalangan ahli keluarga dan rakan-rakan mangsa.

Antara yang lebih menyayat hati orang ramai adalah keadaan penunggang motosikal dikenali Muhamad Hafiz Muhamad Salleh, 32.

Hafiz ‘Apit’ patut rehat, tapi terima ‘order’

Difahamkan, Muhammad Hafiz juga merupakan seorang penghantar makanan dan dilaporkan telah menerima tugasan terakhir iaitu menghantar sup ‘gear box’ kepada seorang pelanggan terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam, kurang dua minit sebelum kejadian berlaku.

Memetik laporan BH Online, Muhammad Hafiz dikatakan baru sahaja selesai menghantar makanan kepada seorang pelanggan di Jalan Elektron, U16, Shah Alam di sebuah kedai makanan Barat di kawasan berkenaan.

Menurut ketua ‘rider’ Zon Subang 2, Mohd Fairuz Imam Mahdi, mangsa sepatutnya berehat pada jam 3 petang selepas selesai menghantar pesanan dan menyambung semula pada jam 4.45 petang.

Namun, mngsa dikatakan telah menerima tempahan baharu dari sebuah kedai sup di Bukit Jelutong.

“Namun beliau menerima tempahan penghantaran dari sebuah kedai sup ‘gear box’ di Bukit Jelutong ke pelanggan di kawasan sama pada jam 2.41 petang.

“Sistem menyatakan dia menerima tempahan itu dan kemungkinan besar, dia dalam perjalanan ke Bukit Jelutong sebelum terbabit dalam nahas itu,” katanya kepada BH Online di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Sistem GPS ‘Apit’ gagal kesan, tak sampai ke lokasi

Tambah Mohd Fairuz, penghantaran Sup Gear Box itu terhenti sendiri sekitar jam 2.57 petang apabila sistem gagal mengesan pengemaskinian kedudukan Global Positioning System (GPS) Muhamad Hafiz.

Jelasnya, sistem berkenaan terhenti dengan sendiri disebabkan mangsa tidak sampai ke lokasi dan menjangkakan telefonnya mungkin meletup dalam nahas.

“Sekitar jam 2.57 petang, sistem penghantar terhenti dengan sendiri disebabkan mangsa tidak sampai-sampai ke lokasi. Malah ketika itu GPS juga langsung tidak dapat kesan.

“Kami kumpulan penghantar menjangkakan ketika itulah mangsa terbabit nahas dan telefonnya juga mungkin meletup,” katanya.

Sibuk sebar video nahas sampai tak sangka rakan terlibat

Katanya lagi, mereka tidak menyangka kejadian nahas yang disebarkan oleh ‘rider’ mereka sendiri sebenarnya telah menimpa rakannya dan hanya diketahui sekitar jam 8 malam.

“Rakan kami yang menjadi orang pertama menyebarkan video nahas juga tidak perasan ia adalah Muhammad Hafiz kerana tiada tanda-tanda ia adalah penghantar Food Panda,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi rakannya, Mohd Noramin Ismail, 36, berkata, kali terakhir mereka berborak dalam kumpulan WhatsApp adalah pada jam 2.31 petang dan ketika itu sedang bertanya khabarnya.

“Dia tanya khabar saya kerana mengatakan sudah lama tak nampak saya. Saya menyahutnya dan mengajak untuk bersama-sama mendapatkan makanan percuma yang diedarkan McDonald.

“Mungkin dia bertanya selepas selesai menghantar makanan di Jalan Elektron dan selepas itu mahu ke Bukit Jelutong,” kata Mohd Noramin.

Muhammad Hafiz berkata, sahabatnya itu merupakan seorang yang baik dan telah bertugas sebagai penghantar makanan sejak tahun 2019 lagi selain seorang berpendidikan tinggi dan graduan Ijazah Kejuruteraan Pembinaan Awam Universiti Teknologi MARA (UiTM).

Sumber: BH Online (Ilah Hafiz Aziz) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post