Hantaran RM222K, Intan Najuwa Sah Bergelar Isteri Kepada Datuk Ahmad Azraf


Berita pembatalan majlis nikah Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang seharusnya berlangsung hari ini terus menimbulkan persoalan ramai. Namun siapa sangka, rupanya hari ini Intan Najuwa telah mendirikan rumah tangga dengan jejaka pilihan, Datuk Ahmad Azraf Azman berusia 39 tahun.

Februari lalu pernah heboh tentang pertunangan, namun Intan pilih untuk ‘kunci mulut’

Bertempat di sebuah resort di Kota Tinggi, majlis tertutup itu hanya dihadiri sekitar 150 orang sahaja termasuklah dengan rakan artis dan juga pihak-pihak media. Tidak mendedahkan percintaannya kepada umum, namun Februari tahun ini dunia hiburan pernah dikecohkan dengan berita pertunangan mereka berdua.

@mstarmalaysia Intan Najuwa kini isteri ahli perniagaan bergelar Datuk, terima wang hantaran RM222,000 #sembangentertainment #mstar #intannajuwa #kahwin #nika ♬ Romantic Love Song - Xuckanon

Intan sah menjadi isteri hanya dengan sekali lafaz

Para tetamu seakan terpaku setelah artis ini muncul anggun mengenakan busana putih lembut. Dengan konsep ala-ala open-garden, mereka selamat bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz sahaja pada jam 6.45 petang tadi.

Intan Najuwa pilih tarikh lahir sendiri sebagai tarikh nikah

Menurut laporan daripada Berita Harian, pelakon drama ‘Kekasih Paksa Rela’ ini telah menerima hantaran berjumlah RM222,000 beserta mas kahwin RM20,000 daripada pihak lelaki. Uniknya, rupanya tanggal 18/8 merupakan tarikh lahir Intan dan ia telah dipilih sebagai tarikh penuh makna bagi mengabdikan perkahwinan dengan ahli perniagaan tersebut.

@intannajuwa76 #intannajuwa #intannajuwafans #fyp #fypシ #fypシ゚viral #fypage ♬ Ya Rabb يارب - Muhajir Lamkaruna

KREDIT : Portal Berita Harian & TikTok intannajuwa76, mStar / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post