Sebak, Tuan Kucing Tak Dapat Kawal Emosi, Kucing Kesayangan Pergi Negeri Abadi
Setiap manusia di atas muka bumi ini pasti ada haiwan yang sangat disayangi atau dipelihara sebagai haiwan kesayangan.
Salah satu haiwan yang cukup popular ialah kucing, sejenis haiwan berbulu yang manja dan comel.
Boleh dikatakan di Malaysia, kucing merupakan haiwan peliharaan yang paling popular selain daripada anjing.
Sifatnya yang manja dan nakal menjadi pilihan utama kepada peminat haiwan kesayangan.
Sebagai pemilik kucing, pemergian mereka buat selamanya pastinya akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada tuannya.
Seperti perkongsian di TikTok oleh akaun @taarikulliman yang menunjukkan seorang lelaki menangisi kepergian kucing peliharaannya.
Berdasarkan perkongsian itu, kucing tersebut dipercayai telah dijaga oleh seorang lelaki bersama keluarganya sejak ia kecil lagi.
Malah kucing itu diberikan susu botol dari kecil dan dijaga dengan rapi oleh keluarga tersebut.
“Di bela dari kecil, di sayang dari kecil. Selamat jalan jumpa di syurga nanti,” tulis perkongsian teks di dalam video muat naik tersebut.
Di awal video tersebut, lelaki berkenaan dilihat sedang berada di dapur sebuah rumah sambil mengusap kucing yang sudah tidak bernyawa di samping seorang wanita.
Lelaki tersebut kelihatan sugul dan sedih dengan kepergian kucing kesayangannya.
Video itu juga menunjukkan imbas kembali keadaan kucing berwarna krim tersebut dari kecil sehingga ia besar disamping keluarga berkenaan.
Di akhir video, lelaki berkenaan dilihat sedang mencangkul dan mengorek lubang untuk menanam kucing tersebut.
Sebelum meletakkan kucing tersebut ke dalam lubang, dengan raut wajah kesedihan lelaki berkenaan mengusap kucing tersebut buat kali terakhir. Lalu lelaki tersebut meletakkan kuing berkenaan ke dalam lubang yang telah disediakannya.
Sementara itu, perkongsian video tersebut turut dibanjiri oleh komen daripada pengguna media sosial yang lain.
Antara komen yang ditinggalkan adalah:
“Saya tersentuh, sebab saya pernah kehilangan anak bulus macam ni. Sakit perit. Pencinta kucing je faham apa yang kita rasa,” tulis seorang netizen.
“Sebab tu saya trauma nak bela kucing dah,” tulis seorang netizen yang pernah mengalami kejadian yang sama.
“Ya Allah aku ikut menangis juga,” tulis seorang lagi yang sedih melihat video tersebut.
@taarikulliman Yaa Allah sebak nya aku tgok🥺. #kucing #fypシ゚viral #fypage #foryoupage ♬ Penyejuk Hati - Instrumental - Asraf Studio
Sumber: TikTok @taarikulliman / Siakapkeli
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.