Menerusi hantaran tular, wanita berbangsa India itu mengeluarkan kata-kata berbentuk hinaan kepada angg0ta polis berkenaan dengan mengatakan mereka tidak layak menegurnya.
“Kad kuasa kau tak ada. Kau tak layak ambil IC dan kad kuasa aku lah. Lu pangkat Lans K0peral saja, bukan OCPD. Kau tak layaklah, kau pangkat kecil dari akulah. Kau bukan OCPD lah nak bercakap dengan aku. Pangkat dahlah rendah,”tengkingnya.
@edisi9official Anggota berkenaan dimalukan wanita berkenaan ketika menyiasat kes penyamaran di Taman Seri Gombak. Anggota berkenaan telah dibuat dan siasatan terhadap wanita berkenaan sedang dilakukan. 🎥 Media sosial #beritaviraltiktok #trendingnewsmalaysia #malaysianewupdate ♬ original sound - Edisi 9 (Official)
Difahamkan isu tersebut bermula apabila pihak p0lis menerima panggilan aduan awam daripada talian kecemasan 999 dan memaklumkan terdapat se0rang wanita menyamar sebagai pegawai polis.
Setibanya di l0kasi kejadian, mereka mendapati wanita terbabit sedang duduk dalam kereta Perodua Bezza yang dilihat seakan berada di bawah pengaruh alkohol.
Sumber berkata, wanita tersebut hadir ke l0kasi berkenaan bagi mengutip hutang lama daripada se0rang wanita India sebelum pihak polis meminta kad pengenalan ‘pegawai kanan’ tersebut.
Malangnya, wanita tersebut enggan memberi kad pengenalan, sebaliknya meminta pihak polis berkenaan menyatakan kesalahan yang dilakukan sebelum bertindak menengking dan menghina.
Dalam pada itu, wanita berkenaan mendakwa dirinya sebagai pegawai kanan polis dari Bukit Aman meskipun sekadar menunjukkan bahagian belakang kad kuasa yang tertera G204.
Sementara itu, laporan polis telah dibuat dan mereka meminta agar pihak Jabatan Integriti dan Pematuhan Standarf (JIPS), Polis Diraja Malaysia Bukit Aman dan Bahagian Integriti dan Pematuhan Standard (BIPS), IPD Gombak serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasa (SIAP), Putrajaya bagi menjalankan siasatan.
Sumber: Twitter @mynewshub, TikTok @edisi9official, The Reporter / ohmymedia