Dengan sekali lafaz, MK K-Clique sah bergelar suami Siti Hajaar


Dengan sekali lafaz, penyanyi rap MK K-Clique atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan, 27, kini sah bergeIar suami kepada Siti Hajaar Syeikh Nordin, 26, tepat pada jam 9.35 pagi tadi di Masjid  Jami’il Huda, Ampang.

Pasangan itu dinikahkan oleh Penol0ng Pendaftar Nikah Kariah Jami’il Huda, Mahdi Mat Zin diwalikan oleh bapa pengantin perempuan, Datuk Sri Sheikh Nordin Sheikh Ahmad.

Suri hati peIatun lagu Mimpi itu menerima masa kahwin sebanyak RM302 dan seutas gelang emas, manakala wang hantaran dirahsiakan.

Difahamkan, pengantin lelaki turut menyerahkan enam dulang hantaran dibalas dengan jumlah yang sama dan pasangan ini bakal mengadakan majlis resepsi di sebuah hotel di Klang, Selangor pada Sabtu.

Dalam pada itu, MK meluahkan rasa syukur kerana segala perancangan majlis berjalan dengan lancar walaupun mereka melakukan persiapan dalam tempoh singkat.

“Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar walaupun persiapan dilakukan dengan singkat. Syukur dah jadi suami.

“Doakan kebahagiaan kami bersama,”ujarnya kepada mStar.

Terdahulu, tular beberapa kepingan foto sekitar majlis pertunangan MK di media sosial selain dia juga memuat naik foto bersongkok dengan memberi gambaran bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Bukan itu sahaja, turut tular beberapa video memaparkan pasangan itu sedang menjalani kursus perkahwinan selain dijadikan sebagai ‘model’ akad nikah.

Sumber: Instagram @meloditv3, mStar (Farol Hadi) / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post