[VIDEO] Bekas penghulu maut, luncur udara terjunam ke dalam laut di Bachok

DUA lelaki warga emas melalui detik hitam apabila salah se0rang daripada mereka dilap0rkan maut selepas lemas di Pantai Irama, Bachok, Kelantan ketika bermain sukan luncur udara (param0tor) pada Jumaat.

Dalam kejdian kira-kira pukul 6.41 petang itu, Mustaffa Isa, 62, yang merupakan bekas penghulu di Mukim Seribong, Kota Bharu, Kelantan maut selepas luncur udara dikemudi oleh rakannya yang berusia 77 tahun terjunam ke dalam laut.

Rakaman kejdian dik0ngsikan salah se0rang saksi kejdian di laman Twitter dan tular sejak Sabtu.

Susulan insiden berkenaan, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Bachok, Leftenan Mohd. Khairi Mat Hussin berkata, anggota APM mendapati dua lelaki sedang membuat penerbangan luncur udara berhampiran menara pantai tiba-tiba jatuh ke dalam laut.

Menurutnya, param0tor tersebut dilihat terjunam ke laut sebelum petugas Penyelamat Pantai APM bergegas cuba menyelamatkan mangsa.

"Salah se0rang lelaki berada dalam keadaan terkapai-kapai di permukaan air sebelum diselamatkan angg0ta APM.

"Seorang lagi mangsa dilihat tenggelam di kawasan laut dan tidak memberi sebarang tindak balas. Jet ski milik orang awam di pantai itu telah membawa mangsa yang sudah tidak sedarkan diri," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Mohd. Khairi menjelaskan, petugas Penyelamat Pantai APM dengan bantuan oleh 0rang awam melakukan bantuan pernafasan (CPR) kepada mangsa yang tidak sedarkan diri manakala jurukemudi luncur udara itu diberikan bantuan pemulihan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamed Ismail Jamaluddin mengesahkan kejadian tersebut dan siasatan lanjut sedang dijalankan. 

Sumber : Majoriti

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post