Terima lebih 10 tawaran sambung belajar, biasiswa... Pelajar raih 11A SPM mahu solat istikharah, bincang dengan keluarga

REZEKI yang tidak disangka-sangka!

Pelajar yang memper0leh keputusan cemerlang 11A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang tuIar kerana menjaga ibu sakit, Muhammad Syahril Saidi, menerima lebih 10 tawaran untuk melanjutkan pelajaran termasuk biasiswa.

Menzahirkan penghargaan di atas keprihatinan pelbagai pihak, Muhammad Syahril berkata, dia mahu berbincang dengan ahli keluarga serta melakukan s0lat istikharah terlebih dahulu sebelum mempertimbangkan sebarang keputusan.

Antara tawaran untuk menyambung pengajian serta biasiswa yang diterimanya adalah daripada Majlis Amanah Rakyat (MARA), kerajaan negeri dan universiti awam.

Memetik lap0ran Harian Metro, Muhammad Syahril memaklumkan setakat ini dia mahu meneruskan pengajian di Maahad Yaakubiah Kampung Nipah, Bachok, Kelantan, untuk menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi mencapai cita-cita menjadi seorang pensyarah.

Terdahulu, kisah Muhammad Syahril tular selepas peng0rbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibu yang sakit namun berjaya memperoleh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, pada Khamis lalu.

Tular vide0 memaparkan beberapa guru menghantar keputusan peperiksaan ke rumah Muhammad Syahril selepas dia tidak hadir mengambil keputusan itu kerana menjaga ibunya yang tidak sihat kerana menderita angin ahmar sejak 2019.

Anak bongsu daripada enam beradik itu mendapat A untuk mata pelajaran Bahasa Melayu, Sains, Syariah, Usuluddin, Manahu al-Ulum Al Islamiah dan Al Adab Wal Al-Balaghah, Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Syariah dan Al-Lughah Al Arabiah Al-Muasirah.

Sempat berkongsi kegembiraan di atas keputusannya itu, namun ibu remaja tersebut, Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, menghembuskan nafas terakhir pada Sabtu lalu.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post