Baling: Dunianya terasa geIap gelita, malah hati bagai hancur berkecai apabila d0ktor memaklumkan jangkaan hayat anak sulung yang menghidap Ieukemia ALL (Acute Lymphoblastic Leukemia) hanya berbaki lima bulan.
Impian Ahmad Mohd Zin, 42, yang mahu melihat Muhammad Qaish, 11, membesar dan menjaIani kehidupan seperti kanak-kanak lain juga terhenti apabila mendapat khabar duka itu selepas mengharungi perjuangan meIawan kanser sejak 2019.
Ahmad berkata, dia melalui epis0d sukar bersama isteri, Hasmah Ahmad, 42, selepas dimaklumkan perkembangan penyakit anak sulung daripada empat beradik itu, 17 Mei lalu.
Katanya, biarpun mereka sekeIuarga menerima takdir itu dengan reda, dia tetap mengharapkan keajaiban berlaku supaya Muhammad Qaish dapat meneruskan kehidupan dengan sihat.
"Ketika diberitahu mengenai perkara itu kami memang terkejut dan saya terdiam kerana perasaan itu sukar digambarkan, manakala isteri menangis. Kami melalui saat yang sangat berat.
"Tetapi kami kuatkan juga semangat untuk beritahu Qaish (nama panggilan Muhammad Qaish) mengenai perkara itu dan ketika saya beritahu dia hanya diam serta tidak menunjukkan sebarang reaksi.
"Saya cakap dengan dia selagi kita boleh berusaha dan berubat kita akan buat, kuatkan semangat dan dia hanya mengangguk. Anak saya, Muhammad Qaish seorang yang kuat sepanjang empat tahun diuji sakit ini," katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
kredit harian metro |
Menurut Ahmad, dalam reda menerima ketentuan itu, ia sangat perit untuk ditelan bukan hanya buatnya dan isteri, bahkan dia percaya Muhammad Qaish juga sukar menghadapinya.
"Qaish melakukan pemeriksaan lanjut untuk mengetahui keadaan penyakitnya itu dan mengambil air tuIang beIakang. Ketika itu Qaish ada mengadu pada saya yang rwatan itu menyakitkan dan tidak mahu buat rwatan lagi selepas ini.
"Sehari selepas itu kami dimaklumkan yang jangka hayat Qaish hanya lima bulan saja dan seI kanser juga sudah merebak sehingga ke otak.
"Sel kanser dalam badan Qaish merebak dengan cepat dan kini dia berstatus paliatif kerana sudah tiada rawatan boleh dilakukan. Tiada siapa yang sanggup mendengar kenyataan itu dan saya percaya Qaish juga begitu, namun kami menerimanya," katanya yang tinggal di Kampung Charok Bemban, Kupang, di sini.
Bercerita lanjut mengenai penyakit anaknya, Ahmad yang mengambil upah kerja bendang berkata, anaknya didiagn0sis luekimia ALL pada 2019 dan selepas menjalani rwatan selama setahun, keadaannya baik.
Bagaimanapun katanya, sel kanser kembali menyerang pada 2021 dan Muhammad Qaish terpksa menghentikan rwatan kem0terapi pada Julai tahun lalu kerana badannya sudah tidak dapat menerimanya selain turut berlaku komplikasi.
"Sepanjang empat tahun perjuangannya, saya sanggup berhenti kerja di sebuah kilang untuk menguruskannya dan menemaninya di hospital ketika menjalani rawatan, sementara isteri yang berkerja sebagai kerani menguruskan tiga anak lain.
kredit harian metro |
"Tempoh itu juga menyaksikan Qaish berusaha untuk kuat melawan sakitnya, malah dia pernah tak sedarkan diri selama lima hari sebelum ini.
"Pada saya, kami bukan kalah dalam perjuangan ini sebaliknya rezeki tidak memihak kepada kami tetapi saya menerima ujian ini dan berharap ada keajaiban," katanya.
Ahmad berkata, tempoh lima bulan ini adalah saat berharga buat mereka dan doktor juga menasihatkan untuk sentiasa menjaga emosi Muhammad Qaish.
Katanya, dia akan berusaha menunaikan hasrat anak kesayangannya yang berkongsi tarikh lahir bersamanya pada 10 Ogos.
"Sebelum ini Qaish pernah cakap dia teringin memiliki permainan video dan menaiki kereta 'sport'. Saya cakap kalau abah dan mummy (ibu) mampu, nanti kami usahakan dan dia hanya cakap 'ok' kerana memahami keadaan keluarga kami," katanya.
Katanya, kisah anaknya juga mendapat perhatian sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan beberapa individu yang bermurah hati termasuk Cikgu Zahran dan Cikgu Mohd Fadli Salleh bersama beberapa rakannya yang sudi merealisasikan hasrat anaknya.
"Qaish belajar mengaji dengan kakak Cikgu Zahran dan apabila mendapat tahu mengenai keadaan anak, mereka membantu menunaikan permintaan Qaish memiliki permainan video dan menaiki kereta 'sport'.
"Saya sangat bersyukur dan berterima kasih dengan kemurahan hati mereka terutama Cikgu Mohd Fadli dan rakannya yang sudi menceriakan Qaish dan anak juga gembira apabila permintaannya itu tercapai juga akhirnya," katanya.
Terdahulu, Cikgu Mohd Fadli berkongsi kisah Muhammad Qaish di Facebooknya dan dia bersama beberapa rakan menyantuni kanak-kanak itu dan keluarganya.
Mereka menunaikan permintaan Muhammad Qaish yang menginginkan permainan video serta bersiar-siar di ibu kota dengan menaiki jentera diimpikan kanak-kanak lelaki itu, Ahad lalu.
Bagi yang ingin membantu boleh menghubungi Ahmad di talian 019-5521251.
Sumber : HM
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.