Netizen Salute Teng0k Abang Ini, Angkat Peti Sejuk Ke Rumah Pelanggan Sampai Tingkat 4


Mana-mana pekerjaan pun pasti ada cabaran mereka masing-masing

Walaupun nampak senang, tetapi hakikatnya banyak yang perlu dilakukan untuk mencapai ke sesuatu tahap itu betul tak? Hanya kita saja yang tahu.

Seperti video ini apabila seorang lelaki membuatkan netizen terharu kerana mengangkat sendiri peti ais ke rumah pelanggannya telah mendapat perhatian ramai.

Angkat peti ais seorang diri sampai ke tingkat 4

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang bersiap sedia untuk menghantar pesanan peti ais baru ke rumah pelanggannya.

Dapat dilihat rumah pelanggannya itu jenis flat dan tidak mempunyai lif. Disebabkan itu, dia terpaksa menggunakan tangga.

Namun, apa yang lebih menarik perhatian adalah dia bukan mengangkatnya bersama dengan orang lain tetapi, berseorangan saja. Dia juga siap menunjukkan bagaimana dia mengangkat peti ais itu sehingga ke tingkat 4.

"Gila kuat punya kudrat. Semoga murah rezeki abang ni" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memuji dan mendoakan kesejahteraan lelaki berkenaan.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 150.2K views, 860 retweets dan 2,821 likes di Twitter.

Komen netizen



Kuat betul tengok abang ni, semoga dimurahkan rezeki selalu :)

Sumber : Says

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post