Ibu pelajar peroleh 11A SPM meninggal dunia


BACHOK: Ibu kepada pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperoleh 11A, Muhammad Syahril Saidi, 18, meninggal dunia malam ini.

Allahyarhamah Tuan Faridah Tuan Ismail, 53, meninggaI dunia akibat penyakit angin ahmar kira-kira jam 8 malam tadi.

Penghulu Mukim Kandis, Razali Yasod, ketika mengesahkan perkara itu berkata dia mengetahui berita kematian ibu pelajar cemerlang berkenaan pada waktu Maghrib tadi.

Katanya, sejurus mendapat tahu berita itu dia terus ke rumah Muhammad Syahril dan setakat ini lebih 30 ahli keluarga dan orang ramai hadir ke rumah pelajar itu di Kampung Kandis.

"Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan di sini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam di Kampung Padang Lati, iaitu kampung asal arwah.

"Ketika ini saya masih berada di rumah Muhammad Syahril untuk membantu dengan ahli keluarga lain," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Terdahulu, kisah Muhammad Syahril tular selepas peng0rbanan pelajar Sekolah Menengah Ugama (A) Darul Iman, Beris Lalang itu menjaga ibunya yang terlantar sakit, namun berjaya memper0leh keputusan semua A dalam SPM yang diumumkan, Khamis lalu.

Muhammad Syahril menerima keputusan SPM daripada pihak sekolah yang hadir ke rumahnya kerana dia tidak dapat ke sek0lah disebabkan perlu menjaga ibunya yang tidak sihat disebabkan menghidap penyakit angin ahmar sejak 2019.

Pemergian Tuan Faridah yang dipanggil Umi oleh Muhammad Syahril turut dik0ngsi pemimpin setempat dan laman kumpulan di media sosial seperti Perantau Bachok sejak malam tadi.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post