Budak 11 Tahun Jadi Peserta Termuda Di Pentas Hafazan Kebangsaan

 

Murid Sek0lah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil di Kuala Krai, Kelantan, menjadi peserta termuda Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Kebangsaan (MTHQK) 2023, Wiedaad Izzaddiin ternyata telah berjaya membuka mata 0rang ramai.

Menurut laporan Harian Metr0, Wiedaad tidak pernah menyangka sama sekali akan menyertai pertandingan tersebut memandangkan dia hanya  berjinak-jinak menghafaI al-Quran ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekitar 2020.

Difahamkan, Wiedaad yang merupakan anak sulung daripada lima beradik dalam keluarga telah  mengikuti pengajian di Akademi Al-Quran Amalillah di Terengganu dan berjaya menghafaz 30 juzuk kitab suci itu dalam masa setahun.

Wiedaad yang mendaIami bidang hafazan di Maahad Tahfiz Barniyah Puteri di Tanah Merah, Kelantan telah meraih pencapaian yang apabila bergelar johan hafazan kateg0ri wanita peringkat negeri pada April lalu seterusnya mewakili Kelantan pada peringkat kebangsaan.

“Semalam saya diminta juri menyambung bacaan dari surah Ali Imran dan at-Taubah Alhamdulillah saya dapat baca keseluruhan ayat dengan lancar dan saya tidak meletakkan sasaran untuk menang kerana pengalaman yang ditimba sudah cukup bermakna.

“Bagi saya sese0rang itu perlu tahu kisah surah yang dibaca supaya lebih menghayati dan kalau sekadar hafal rasa macam tak kena pula bacaan.

“Dalam hal ini, cabaran yang saya hadapi ialah harus melawan rasa putus asa untuk terus kekal menghafaz al-Quran,” katanya.

Dalam pada itu, demi mengimbangkan pendidikannya, Wiedad telah kembali bersekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Banggol Guchil dan berharap dapat bersek0lah di Maahad Tahfiz Sains Tanah Merah pada peringkat sekolah menengah.

Sumber: Harian Metro (Siti Aminah Mohd Yusof) / Borakdaily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post