Anggap diri hina, Janna Nick moh0n maaf jemput Ustaz Wadi di majlis resepsi


Kehadiran Ustaz Wadi Annuar di majlis perkahwinan pasangan pelakon, Janna Nick dan Dini Schatzmann temp0h hari telah mengundang perdebatan ramai kerana terlihat tidak sesuai.

Walau bagaimanapun, Ustaz Wadi telah memberi penjelasan bahawa dia dan pembantu peribadi telah pulang selepas majlis berlangsung dalam suasana agak kebaratan.

Jemput ustaz pada majlis bacaan yasin

Susulan daripada itu, pelak0n filem Jemputan Ke Neraka terbabit dengan rendah hati mem0hon maaf diatas keterlibatan Ustaz Wadi di majlis resepsinya sehingga dia dikecam hebat netizen.

Memetik vide0 yang dik0ngsikan Hlive, Janna menjelaskan dia telah menjemput ustaz untuk membacakan d0a bagi keberkatan majlis perkahwinannya memandangkan pendakwah tersebut memberikan ceramah pada majlis bacaan yasin serta d0a selamat pada malam sebelum resepsi.

“Tujuan saya menjemput ustaz ke majlis adalah kerana pada malam sebelum hari pernikahan kami adakan bacaan d0a selamat dan Yasin. Malam itu juga dia ada menyampaikan ceramah bertajuk ‘memimpin isi rumah ke syurga’.

“Saya undang dia ke majlis perkahwinan sekali dan tak tahu kalau dalam Islam ini 0rang dah jemput wajib datang. Apa-apa pun saya minta maaf… saya sedar itu kelalaian dan kesilapan saya yang mana majlis itu tidak sesuai dengan kehadiran Ustaz Wadi.

“Niat saya cuma memohon keberkatan meminta seorang ustaz yang tinggi ilmu agamanya untuk mendoakan perkahwinan saya,” katanya.

Sudah minta maaf secara peribadi

Susulan daripada itu, Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner memaklumkan yang dia enggan lagi mengulas kerana tidak mahu memanjangkan isu tersebut.

Dia dan Dini turut sudah meminta maaf secara peribadi kepada pendakwah berkenaan kerana sangat menghormati Ustaz Wadi serta para ulama di Malaysia.

“Ustaz Wadi dah buat penerangan bagi pihak dia dan saya pun tak nak panjangkan perkara ini kerana saya mengh0rmatinya dan para ulama yang berada di Malaysia sebab mereka adalah ilmuan yang mengajar dan menyampaikan ilmu kepada kita.

“Saya sebagai 0rang yang cetek ilmunya ini sangat menghormati mereka, saya rasa diri ini sangat hina jika dibandingkan dengan mereka

“Saya juga telah membuat permoh0nan maaf secara peribadi kepada Ustaz Wadi… kalau dia pun sudah maafkan saya harap semua boleh hentikan isu ini,” jelasnya.

Janna Nick dan Dini telah selamat bergeIar suami siteri apabila dinikahkan sendiri bapa Janna iaitu Muner Abdullah di Langkawi pada 10 Jun 2023.

Kehadiran rakan artis dari Ind0nesia, Baim W0ng menjadi salah satu kejutan cukup bermakna buat pasangan ini memandangkan mereka bertiga pernah berlakon dalam satu drama bertajuk Bukan Cinta Aku.

Sumber: Instagram Hlive / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post