Tular sebuah video memaparkan seorang pemandu lori dikenali Mohd Saiful Azmi Shamsudin Khan sebak setelah penantiannya selama 15 tahun bergelar bapa akhirnya menjadi nyata apabila isteri selamat melahirkan puteri sulung mereka.
Menerusi video dikongsikan di aplikasi TikTok, Mohd Saiful dilihat sebak buat pertama kali sambil menyeka air mata selepas melihat dan mendukung anak sulungnya sehingga meraih perhatian ramai.
Difahamkan, video berkenaan dimuat naik oleh isteri tercinta, Mastura Pin bagi merakam momen paling berharga dan dinantikan oleh suaminya selama ini.
“Kegembiraan suami, itulah kegembiraan yang terindah buatku. Alhamdulillah,”tulisnya.
@putriedreenhanamasyael kegembiraan suami itulah kegembiraan yang terindah buatku.alhamdulillah ya Allah.#fypシ ♬ bunyi asal - Megat Farhim - MegatFarhimm
@putriedreenhanamasyael part 2#fypシ ♬ Sad music - لحن الروح
@putriedreenhanamasyael penantian suamiku Selama 15tahun untuk Putri sulungnya..subhanallah Tabarakallah part 1 #fyp @mie khan ♬ Bahagiaku Sederhana - Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind
Tak sangka dikurniakan rezeki ketika berusia 43 tahun
Memetik laporan Harian Metro, Mohd Saiful menyatakan dirinya tidak menyangka dikurniakan rezeki terindah ketika usianya mencapai 43 tahun, sementara isterinya berusia 46 tahun.
Mohd Saiful berkata, anaknya diberi nama Puteri Edreehana Masyael yang kini berusia dua bulan disifatkan sebagai hadiah istimewa hasil perkahwinan keduanya selama tiga tahun bersama isteri tercinta.
Jelasnya, dia juga seperti lelaki lain yang mengimpikan zuriat daripada keturunna sendiri, namun pasrah sekiranya tidak dikurniakan rezeki tersebut.
“Perkahwinan pertama selpeas 12 tahun berakhir kerana sudah tiada jodoh dan takdir menentukan saya tiada zuriat daripada ikatan itu sebelum bertemu jodoh dengan Mastura, ibu tunggal lima anak tiga tahun lalu.
“Ketika itu saya tidak fikir sangat soal anak kerana usia kami tidak lagi muda, malah sangat bersyukur dapat menumpang kasih anak tiri yang dianggap seperti anak sendiri,”ujarnya.
Katanya lagi dia sangat teruja apabila isteri memberitahu mengenai berita kehamilannya selain tidak percaya, namun mengakui ia adalah hari terindah dalam hidup.
“Ini perkara teristimewa dalam hidup saya dan saat pertama kali melihat dan mendukung anak perasaan itu bercampur aduk, ada sebak, sedih, terharu dan gembira.
“Tak sangka selepas melalui pelbagai dugaan hidup, Allah SWT hadiahkan puteri untuk saya. Apa yang Allah berikan ini mengingatkan saya kesabaran itu berakhir dengan sesuatu yang manis dan setiap perancangan ada hikmah-Nya,”ujarnya lagi.
@putriedreenhanamasyael syurga terindah buat ibu Dan ayah...alhamdulillah ya allah#fyp ♬ original sound - PUTRIEDREENHANAMASYAEL - PUTRIEDREENHANAMASYAELKHAN
Nampak macam cucu, tapi sebenarnya anak
Menurut Mohd Saiful lagi, dia kini sedang melalui sindrom bapa-bapa yang baru menimang cahaya mata selain menyatakan kehadiran Putri Edreehana Masyael adalah pembakar semangat untuk terus kuat mencari rezeki.
“Saya rindu bau baby, setiap hari perlu buat panggilan video dan saya akan cuba balik rumah juga untuk melihat anak kerana sebagai pemandu lori kontena dari Ipoh ke Klang, saya selalu menghabiskan masa di jalan.
“Lucu juga apabila di usia begini ada anak kecil, malah ketika keluar ada yang tanya ‘baby’ anak atau cucu kerana janggut saya sudah beruban tetapi saya dengan senang hati beritahu itu anak,”katanya.
Sementara itu, isterinya memberitahu hatinya tersentuh apabila melihat reaksi suami yang melihat anak mereka di hospital. Bagaimanapun, dirinya akui takut kerana hamil di usia 46 tahun tetapi bersyukur dikurniakan rezeki terutama buat suami.
Sumber: TikTok @putriedreenhanamasyael, Harian Metro (Nor Hidayah Tanzizi) / ohmymedia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.
PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.