Staf Pam Minyak Sedih Dihina Gaji RM1.5K, Pelanggan Sindir Tak Belajar Tinggi

 


Dengan ekonomi yang tidak menentu pada zaman sekarang, setiap orang sedang bergelut untuk mencari kerja dengan gaji setimpal. Mahu atau tidak, koyak ke tak koyak, semuanya perlu kuat mencari rezeki baik buat diri sendiri ataupun keluarga. Namun jerih perih itu terkadang diburukkan lagi dengan persepsi orang sekitar.

Haaa belajaq tak pandai la tu…Kenapa tak belajaq tinggi, boleh merasa gaji RM5000-RM6000

Bagi seorang gadis muda bernama Cik Izzaty Nazmii, baru-baru ini dia juga telah berdepan dengan hinaan seorang pelanggan yang pastinya sukar dipadam dari ingatan. Bekerja di sebuah stesn minyak, Izzaty didatangi seorang pak cik yang masuk ke dalam untuk membeli air tin.

Kerja pam minyak ja? Sambil jalan ke pintu, dia cakap “Boleh la kot gaji seribu setengah”

Sementara membayar, individu berkenaan bertanya adakah Izzaty sudah habis belajar dan mengapa tidak menyambung pendidikan ke taraf lebih tinggi. Kemuncak kesedihan adalah sewaktu pak cik itu hendak melangkah keluar. Dia seakan-akan menyindir hasil pendapatan gadis ini yang dianggap tidak seberapa.

VIDEO KLIK DISINI

Nelayan tempat aku belajar tak habis…Gaji RM4000-5000…Jangan ingat kerja biasa gaji tak tinggi

Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen yang ikut kesal mendengar kisah Cik Izzaty. ‘Adat’ bekerja dalam bidang retail, pelanggan biadab sebegitu memang wujud dan cukup menguji kesabaran.


Rezeki terletak di tangan Allah, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat gadis ini.

Kredit : TikTok Izzaty Nazmii / kisahdunia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post