Pembuka pintu rezeki, Amir Raja Lawak amalkan s0lat dan sedekah subuh

 


Usahawan dan pelawak, Amir Raja Lawak mendedahkan amalan s0lat dan sedekah pada waktu Subuh merupakan rutin hariannya sebagai pembuka rezeki sebelum menjaIankan aktiviti perniagaan.

Bagaimanapun, menurut lap0ran Berita Harian, Amir atau nama sebenarnya, M0hammad Amirullah Azmi berserah kepada rezeki yang diberikan oleh Allah dalam kehidupannya sebagai hamba yang tak pernah berputus asa untuk meneruskan pernigaan air jagungnya.

“Permulaan hidup setiap hari pada waktu pagi. Memang betul apabila orang dahulu kata bangun pagi atau subuh, rezeki akan dimurahkan.

“Mungkin ini adalah apa yang saya boleh k0ngsikan kepada orang ramai. Saya ada juga amalkan membaca d0a supaya dimurahkan rezeki. Selain itu, sedekah subuh saya juga diamalkan.

“Selepas s0lat subuh, saya akan sedekah ke mana-mana tabung atau mereka yang memerlukan. Kalau solat di masjid, saya akan sedekah dalam tabung masjid.

“Sedekah sahaja seberapa banyak yang kita mampu dan niatkan baik-baik,” katanya.

Bukan itu sahaja, pelawak yang berusia 34 tahun itu tidak pernah lupa untuk menghulurkan sedekah kepada pusat pendidikan atau tahfiz yang berdekatan.


“Selain masjid, saya juga sedekah ke rumah tahfiz berdekatan termasuk memberikan air jagung untuk pelajar kerana mereka memang sukakannya.

“Cuma, apa saya b0leh katakan s0lat pada pagi setiap hari adalah kuncinya. Mungkin amalan dan d0a orang ramai juga menjadi pembuka laluan untuk Allah berikan rezeki kepada saya,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Amir mengakui lebih selesa dan tenang dengan perniagaan yang diusahakan dan bersyukur kian mendapat sambutan daripada orang ramai.

Sumber: Berita Harian (Affan Rostam) / ohmymedia

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.






Post a Comment (0)
Previous Post Next Post