Minta ziarah pusara ibu, vide0 anak sulung arwah Siti Sarah buat ramai sebak

 


Sempena sambutan hari ibu, ramai yang mengambil peIuang untuk mengucapkan penghargaan kepada insan tersayang yang bergelar ibu lebih-lebih lagi di media sosial.

Walaupun ramai yang berbeza pendapat berhubung ucapan tersebut namun tujuannya lebih kepada menunjukkan penghargaan kepada ratu hati setiap anak-anak.

Ramai tersentuh video hari ibu anak arwah Siti Sarah

Video perkongsian yang dibuat di akaun Instagram Allahyarham Siti Sarah Raissuddin semalam berkenaan anak sulungnya, Uwais Al Qarni ternyata mengundang air mata kepada mereka yang menonton.

VIDEO KLIK DISINI

Tiba-tiba nak pergi pusara ibu

Dalam video tersebut, Uwais dilihat meminta datuknya, Raissuddin Hamzah berhenti sebentar di pusara ibunya secara tiba-tiba sewaktu baru pulang dari bermain golf.

Selepas sampai di tanah perkuburan, Raissuddin segera keluar dari kereta untuk menemani cucunya namun Uwais meminta izin untuk pergi ke pusara ibu seorang diri.


Nak pergi sorang ke pusara ibu

Akur dengan permintaan anak sulung kepada arwah Siti Sarah dan pelawak, Shuib Sepahtu, selebriti era 80an itu hanya mengangguk dan membiarkan kanak-kanak terbabit bersendirian.

Dapat dilihat Uwais yang benar-benar merindui sosok ibunya yang telah meninggal dunia kira-kira dua tahun lalu.


Uwais buat mak2 seluruh Malaysia menangis

Walaupun video yang dikongsikan mungkin sekadar lakonan, namun ramai memahami bahawa perasaan dan realitinya adalah sama memandangkan Uwais kehilangan insan yang paling penting dalam kehidupannya di usia yang sangat muda.

Perkongsian tersebut telah membuatkan warganet turut sebak dan mengakui menitiskan air mata sewaktu menonton video terbabit.

Mereka juga menitipkan doa dan bacaan Al-Fatihah kepada allahyarham dan berharap agar keluarga arwah Siti Sarah terutamanya anak-anak terus kuat dalam menghadapi ujian dari Allah S.W.T.






Untuk rekod, Shuib pernah bernikah dengan Allahyarham Siti Sarah yang merupakan seorang penyanyi terkenal sekitar Februari 2011.

Hasil perkongsian hidup, mereka telah dikurniakan 4 orang cahaya mata Uwais Al Qarni,  Dzahira Talita Zahr,Ariq Matin dan Ayash Affan.

Sumber: Instagram sitisarahraissuddin

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.


Post a Comment (0)
Previous Post Next Post