Netizen terhibur vide0 parodi sindir wanita gedik dengan ‘pilot’ Korea di LIMA


 Tidak dapat dinafikan, ramai yang begitu teruja apabila hadir ke Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA 2023) yang berlangsung pada 23 hingga 27 Mei ini di Langkawi.

Rata-rata rakyat yang hadir ke pameran tersebut tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dengan pasukan-pasukan penerbangan dari luar negara terutamanya Pasukan Penerbangan Akrobatik Black Angle Korea yang menjadi tumpuan ramai yang menerima tempias daripada pengaruh K-drama.

Mana tidaknya, kumpulan penerbangan itu sahaja mempunyai sesi autograf bersama penonton yang hadir telah berjaya mengundang pelbagai reaksi ramai.

VIDEO KLIK DISINI

Tular parodi Kapten Kamaruddin

Bagaimanapun, baru-baru ini tular pula sebuah video yang memaparkan seorang kapten dari Malaysia yang dikenali sebagai Kapten Kamaruddin telah menerima arahan dalam loghat utara telah berjaya menghiburkan ramai.

Dalam video tersebut, difahamkan audio itu bukanlah benar dan hanya parodi untuk menyindir golongan wanita ketika di LIMA’23.

“Okay radio check, radio check. Kapten Kamaruddin dah boleh patah balik ke ruang udara airport. Masa untuk kumpulan kita beraksi pula.

“Dok kat team oppa ja, geng-geng perempuan dah gedik-gedik kat bawah tu bila tiba giliran kita tak ada siapa nak layan. Haa kita nak tunjuk kat mereka pula ni,” ujarnya.

Apa yang lebih menghiburkan, sebaik sahaja Kapten Kamaruddin berjaya melakukan demonstrasi, dia telah berjaya memukau ramai penonton dan akan dibelanjakan laksa ikan sekor selepas mendarat.

“Kapten Kamaruddin sikit lagi hang lalu kat ruang airport pusing bagi lama sikit, yang asap keluar semua warna. Warna kelabu taik anjing jangan keluar.

“Okay bersedia-bersedia, aku bilang sampai tiga baru hang pusing, satu dua tiga pusing! Okay boleh lepaskan asap. Maintain-maintain okay boleh pusing balik.

“Mantap-mantap Kapten Kamaruddin. Hebat hang, ternganga mulut orang Langkawi kat bawah ni. Okay boleh balik dah, sikit lagi lepas mendarat kita pergi makan laksa ikan sekor,” katanya lagi.

Netizen terhibur

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan video tersebut yang sudah meraih lebih 4 juta tontonan dan mendapat lebih 400,000 tanda suka selepas sehari dimuat naik di aplikasi tersebut.


Kapten Kamaruddin yang mantap

Sumber: TikTok @Abangmatt91, @Hanya Orang Biasa / OMM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Like, Komen Dan Share Page CoretanNasihat.net Ya.

PERHATIAN: Pihak CoretanNasihat tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Post a Comment (0)
Previous Post Next Post